Home » Langit Terbuka » Kerajaan laksana langkah penjimatan pelan penstrukturan dan pemulihan semula TH

Kerajaan laksana langkah penjimatan pelan penstrukturan dan pemulihan semula TH

Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, menerusi rundingan semula kontrak terdahulu, Tabung haji berjaya melaksanakan penjimatan sejumlah RM 9.3 juta bagi setahun. - Foto The Malaysia Reserve

KUALA LUMPUR – Kerajaan telah melaksanakan beberapa langkah penjimatan menerusi pelan penstrukturan dan pemulihan semula Lembaga Tabung Haji (TH) .

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata menerusi rundingan semula kontrak terdahulu, penjimatan sejumlah RM 9.3 juta bagi setahun yang memberi penjimatan optimum kepada TH terutama dalam bidang perbekalan, infrastruktur dan teknologi maklumat.

“Langkah lain dengan mengurangkan perbelanjaan mengurus seperti urus kos pentadbiran dan perolehan di ibu pejabat TH di semua cawangan di seluruh Malaysia yang membawa penjimatan sebanyak RM2 juta setahun,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Dr Mujahid berkata langkah penjimatan dalam majlis dalam skala lebih kecil membawa penjimatan RM1.5 juta setahun. – Bernama

 

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *