Home » Langit Terbuka » Kerajaan tak akan luluskan parti haram

Kerajaan tak akan luluskan parti haram

Menteri Wilayah Persekutuan berkata, jika ada laporan dibuat, kementeriannya akan melakukan siasatan dan mengambil tindakan terhadap sebarang penganjuran parti haram

SHAH ALAM – Kerajaan tidak akan meluluskan sebarang program berkaitan parti gay yang diadakan pihak tidak bertanggungjawab di ibu negara, awal bulan depan.

Menteri Wilayah, Khalid Abd Samad berkata, setakat ini, pihaknya tidak menerima permohonan daripada mana-mana pihak berhubung penganjuran program sedemikian.

Bagaimanapun, katanya, jika ada laporan dibuat, Kementerian Wilayah akan melakukan siasatan dan mengambil tindakan lanjut.

“Kalau orang buat (anjurkan program berunsur seperti pesta gay), kemudian mereka iklankan, kita akan cari di mana lokasinya dan sebagainya. Namun, setakat ini, kami tidak menerima apa-apa permohonan.

“Ada pihak tertentu iklankan dalam Internet dan kita pun tidak tahu kecuali kalau memang kita cari (maklumat itu). Lagipun kita tidak pasti sejauh mana kebenaran iklan itu,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang pesta gay anjuran pihak tidak bertanggungjawab di Kuala Lumpur awal bulan depan, menerusi promosi di laman sesawang.

Sementara itu, Khalid turut meminta orang ramai supaya membuat aduan menerusi jabatan aduan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) jika menerima maklumat berkaitan aktiviti mencurigakan seperti pesta berkenaan.

“Kalau ada laporan, kita akan ambil tindakan.

“Kebiasaannya, mereka yang lakukan program secara haram ini ada ‘complicated style of messaging’. Maksudnya bila sudah daftar dalam satu web, kemudian mereka akan diberi maklumat tambahan dan dari situ baru tahu alamat sebenar lokasi program berkenaan, bukan seperti yang dipromosi dalam iklan,” katanya. – Sinar Harian

 

Artikel Berkaitan

Ribuan wanita di Malaysia  pencari nafkah

PADA era ekonomi globalisasi kini yang sangat mencabar menjangkaui keupayaan individu melalui Revolusi Perindustrian 4.0 telah menampakkan perubahan yang ketara dari segi

Seiring Dakwah dan Amal

Alhamdulillah, kebelakangan ini, ramai dalam kalangan umat Islam yang cuba mengambil peluang menyampaikan dakwah terutamanya melalui kemudahan media sosial. Hal ini sebenarnya

Mus’ab Bin Umair: Menjadi Duta Umat

Hari ini tidak seperti dahulu. Pengamalan ajaran Islam sudah semakin meluas. Baik sekecil-kecil perkara seperti rancangan keagamaan di kaca televisyen sehinggalah pelaksanaan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *