Home » Citra Yadim » Kerjasama Kempen Adab dan Akhlak YADIM, ILMU- ONE

Kerjasama Kempen Adab dan Akhlak YADIM, ILMU- ONE

PUTRAJAYA – YADIM dan Pertubuhan Ilmuwan Sunni Malaysia (ILMU-ONE) pada 7 Julai menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) berhubung kerjasama Kempen Adab dan Akhlak melibatkan kedua institusi berkenaan.

Kempen ini bertujuan memupuk kesedaran, penghayatan dan pengamalan akhlak serta adab mulia dalam kalangan masyarakat yang kini semakin terhakis.

Program bersama dinamakan Program Malaysia Negara Berakhlak itu, akan dilaksanakan menggunakan pengiklanan billboard di jalan raya dan bangunan bangunan terpilih.

Ia juga akan dijayakan menerusi kempen kesedaran pembinaan kandungan dan aktiviti bersesuaian di media arus perdana dan media sosial.

Selain itu, kedua pihak akan turun padang bertemu khalayak ramai dalam program program bersesuaian serta menawarkan modul adab dan akhlak kepada pembuat dasar untuk pembangunan insani di sektor awam dan swasta.

Sebagai permulaan, kempen akan diadakan di Lembah Klang.

Dalam ucapannya, Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh berkata, badan dakwah ini boleh menggunakan hubungannya dengan agensi dan jabatan kerajaan bagi menjayakan kempen ini.

Turut boleh dimanfaatkan ialah pusat koreksional seperti penjara yang juga mengadakan program bersama YADIM. Selain itu, ejen ejen YADIM yang lain seperti Rakan Remaja YADIM yang bergiat aktif di sekolah sekolah juga boleh digunakan.

Mewakli ILMU-ONE dalam majlis MoU ini ialah Pengerusinya, Ustaz Zul Ramli M. Razali.

 

Artikel Berkaitan

Malaysia negara pertama terima visa haji

KUALA LUMPUR: Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *