Home » Langit Terbuka » Keropok udang logo halal meragukan dirampas

Keropok udang logo halal meragukan dirampas

Pegawai-pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Perak merampas produk keropok udang keluaran sebuah kilang di Gopeng kerana menggunakan logo halal yang meragukan. Foto : https://www.kosmo.com.my

IPOH 6 Jan. – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Perak menyerbu sebuah premis perniagaan di Gopeng dekat sini dan merampas produk keropok udang keluaran kilang itu kerana menggunakan logo halal yang meragukan.

Dalam serbuan pada Khamis dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perak (JAIPK) itu, sejumlah 396 unit keropok siap dibungkus dan 1,600 unit plastik pembungkusan yang mempunyai perkataan halal tulisan jawi dan rumi telah disita.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNKK negeri, Shamsul Nizam Khalil berkata, serbuan dibuat selepas mendapat aduan orang awam berhubung penggunaan logo halal pada produk keropok udang yang dijual syarikat yang telah beroperasi selama dua tahun itu.

Katanya, hasil siasatan terhadap lelaki berusia 58 tahun yang dipercayai pemilik syarikat berkenaan, keropok mentah itu dibawa masuk dari Indonesia dan digoreng di premis tersebut sebelum dipasarkan di Hentian Rehat dan Rawat (RnR) sepanjang laluan Tapah hingga Tanjung Malim.

Tambahnya, pegawai dari JAIPK juga telah mengesahkan syarikat tersebut tidak pernah membuat pemohonan sijil halal untuk produk keropok udang tersebut.

“KPDNKK memandang serius berhubung premis perniagaan yang menggunakan perakuan perihal halal dan penandaan halal ke atas produk makanan atau barang-barang keluaran mereka, serta melangar undang-undang di bawah Akta Perihal Dagangan 2011.

“Peniaga perlu tahu akan kesalahan yang melibatkan makanan, barangan dan perkhidmatan serta penggunaan logo halal atau apa-apa representasi yang menunjukkan bahawa makanan atau barang-barang yang boleh dimakan atau digunakan oleh orang Islam,” kata Shamsul Nizam.

Tambah beliau, Pegawai Pengkuatkuasa KPDNKK negeri telah diarah melakukan pemeriksaan terhadap keropok udang berkenaan di seluruh negeri bermula dari Tanjung Malim hingga ke Parit Buntar.

Beliau berkata demikian pada satu sidang media khas di Ipoh pada Jumaat.- AWANI

Artikel Berkaitan

Tingkat kualiti pendakwaan syarie

SHAH ALAM – Penubuhan Jabatan Pendakwaan Syarie Malaysia (JPSM) berupaya meningkatkan kualiti pendakwaan dan menyeragamkan proses penggubalan undang-undang syariah di negara ini.

Kunjungan hormat PPD Klang kepada YADIM Selangor

YADIM Selangor telah menerima lawatan kunjungan hormat daripada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Klang pada 30 Januari. Pertemuan ini bertujuan untuk membincangkan kerjasama

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *