Home » Citra Yadim » Kerusi roda, barangan makanan untuk pesakit kencing manis

Kerusi roda, barangan makanan untuk pesakit kencing manis

JOHOL – Jima Isman, 57 , dari Kampung Dingkir di sini merupakan penghidap kanser payu dara tahap empat dan kencing manis kronik sehingga kaki kirinya terpaksa dipotong.

Ekoran itu, wanita ini menghadapi masalah untuk bergerak dan memerlukan kerusi roda untuk membantunya.

Prihatin dengan keadaannya, YADIM Negeri Sembilan dengan kerjasama Persatuan Amal Dan Kebajikan Al Baasith Negeri Sembilan, Bilal Muda dan MyFundAction pada 28 Mac telah menyampaikan sumbangan kerusi roda serta barangan makanan dan kesihatan.

Hadir menyampaikan sumbangan ialah Pengerusi Sukarelawan Al Baasith Negeri Sembilan, Khairul Nizam Khairuddin.

Sukarelawan Al Baasith juga akan membantu mencari pewakaf katil hospital untuk Jima untuk memberi keselesaannya.

Pada hari yang sama, seorang warga emas, Soyah Lahab, 85, di Kampung Senginyeh 1 juga menerima sumbangan tilam hospital serta kit makanan dan kesihatan.

Artikel Berkaitan

Jelajah Seminar Kenegaraan Madani

YADIM Negeri Selangor dengan Kerjasama Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) pada 17 April memulakan penganjuran Jelajah Seminar Kenegaraan Madani untuk

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *