Home » Persuasif » Keutamaan solat malam

Keutamaan solat malam

sumber

Solat malam memiliki keutamaan yang sangat besar sehingga menjadi sangat penting bagi orang-orang yang menginginkan kesempurnaan iman. Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Hai orang-orang yang berselimut, bangunlah pada sebahagian malam untuk solat, separuhnya, atau kurangi atau lebih sedikit dari itu. Dan bacalah al-Quran dengan tartil.” (Al-Muzammil 73: 1-4)

Nabi Muhammad SAW juga sangat mengambil berat tentang mengerjakan solat malam, hingga kedua telapak kakinya pecah-pecah. Meskipun Allah SWT telah mengampuni dosa-dosa Baginda yang telah lalu dan akan datang, dengan tersenyum Baginda menjawab, “Apakah aku tidak ingin menjadi hamba yang bersyukur?”

Solat malam merupakan sebab utama bagi seseorang untuk boleh masuk syurga. Menurut Abdullah bin Salam: “Pada waktu Rasulullah SAW tiba di Madinah, orang-orang menyambutnya dengan perkataan: “Rasulullah datang! Rasulullah datang! Rasulullah datang! Begitulah suara teriakan kedengaran. Kerana ingin melihat Baginda, saya pun datang bersama orang-orang. Setelah boleh melihat Baginda dengan jelas, saya pun tahu bahawa wajah Baginda bukanlah wajah pendusta. Dan sabda Baginda yang pertama kali saya dengar ialah: “Wahai sekalian manusia, sambunglah kekerabatandan solatlah di saat manusia terlelap tidur pada saat malam nescaya kamu masuk syurga, kampung keselamatan.”

Dari kisah di atas, setidak-tidaknya ada beberapa keutamaan yang diperoleh bagi orang yang membiasakan diri dengan mengerjakan solat malam. Di antaranya Allah SWT akan menaikkan darjatnya.

Daripada Abu Malik Al-Asy’ari, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sungguh dalam syurga terdapat kamar-kamar yang bahagian dalamnya terlihat dari luar dan bahagian luarnya terlihat dari dalam. Kamar-kamar itu disediakan oleh Allah SWT untuk orang yang memberi makan, melembutkan perkataan, mengiringi puasa Ramadhan,menebar salam, dan bersolat malam di saat manusia terlelap tidur.

Selain itu, orang yang membiasakan diri mengerjakan solat malam adalah orang-orang yang berbuat ihsan dalam ibadah sehingga layak untuk mendapatkan rahmat dan syurga. Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Di waktu malam, sedikit sekali mereka tidur. Dan pada waktu sahur mereka beristighfar.” (az-Dzariyat 51:17-18).

Allah SWT sangat memuji orang yang suka mengerjakan solat malam sehingga menggolongkan mereka sebagai hamba-hambaNya yang baik. “Dan orang-orang yang menghabiskan waktu malam dengan sujud dan berdiri menyembah Tuhan mereka.” (al-Furqan 25:64). Justeru, Nabi SAW juga sangat mendorong kita melakukan solat malam. Sabdanya yang bermaksud: “Puasa yang paling utama setelah puasa Ramadhan adalah puasa pada bulannya Allah SWT iaitu Muharam. Sedangkan solat yang paling utama selepas solat wajib ialah solat malam.”

Artikel Berkaitan

Tingkat kualiti pendakwaan syarie

SHAH ALAM – Penubuhan Jabatan Pendakwaan Syarie Malaysia (JPSM) berupaya meningkatkan kualiti pendakwaan dan menyeragamkan proses penggubalan undang-undang syariah di negara ini.

Kunjungan hormat PPD Klang kepada YADIM Selangor

YADIM Selangor telah menerima lawatan kunjungan hormat daripada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Klang pada 30 Januari. Pertemuan ini bertujuan untuk membincangkan kerjasama

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *