Home » Langit Terbuka » Kewujudan tadika Islam di Austria cetus debat

Kewujudan tadika Islam di Austria cetus debat

VIENNA 17 April – Satu kajian yang mengandaikan kewujudan tadika-tadika Islam di ibu negara ini akan menyebabkan munculnya sebuah kumpulan minoriti agama dan seterusnya melahirkan pertubuhan radikal tempatan pada masa akan datang, telah mencetuskan perdebatan hangat di Austria.

Menurut penulis kajian itu, Ednan Aslan, kira-kira 10,000 orang kanak-kanak berumur antara dua hingga enam tahun kini dihantar ke 150 buah prasekolah Islam yang menerap­kan pengajaran al-Quran sebagaimana kanak-kanak Kristian dengan pengajian Injil mereka.

Ednan yang merupakan pen­syarah di Universiti Vienna mendakwa sekurang-kurangnya satu perempat sekolah itu disokong oleh kumpulan konservatif Islam se­perti Salafi atau organisasi yang menganggap agama bukan hanya sekadar perkara berunsur peri­badi malah turut penting kepada politik dan masyarakat.

“Ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke sebuah pertubuhan yang memastikan mereka dibentuk sebagai seorang Islam dan mempelajari beberapa surah al-Quran.

“Mereka, bagaimanapun ti­dak sedar bahawa langkah itu menghalang mereka menjadi masyarakat pelbagai budaya,” katanya.

Kajian itu yang diterbitkan tahun lalu bagaimanapun dibantah pengkritik dasar imigresen termasuk Parti Kebebasan berhaluan kanan berikutan berlakunya serangan pengganas di Paris dan Brussel yang dilakukan orang Islam yang membesar di Eropah.- https://www.utusan.com.my

Artikel Berkaitan

Pengurusan Nafkah Dalam Keluarga

Secara prinsipnya, fitrah kewajipan memberikan nafkah merupakan tanggungjawab suami sehingga wajib bekerja dengan baik melalui usaha yang halal dan wanita sebagai kaum

Program Penghayatan Israk Mikraj

YADIM telah terlibat sama menyantuni komuniti Jabatan Penjara Negeri Pahang menerusi program Bicara Dakwah Madani Israk dan Mikraj pada 26 Januari. Pengarah

Analisis solat dan kesihatan

Otot Profesor Ir. Dr. Wan Abu Bakar Wan Abas yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *