Home » Citra Yadim » Khidmat Komuniti Yadim di kawasan pedalaman Sabah

Khidmat Komuniti Yadim di kawasan pedalaman Sabah

PADA 16 Julai lalu bersamaan 11 Syawal, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Zon Sabah telah menganjurkan program `Sayangi Mata Anda’ Khidmat Komuniti Di Aidil Fitri bertempat di Dewan Serbaguna Sukarelawan Al Falah, Kampung Murni, Nabawan.

Program berkenaan telah mendapat sambutan yang cukup baik apabila lebih 200 penduduk kampung dan sekitarnya hadir untuk mendapatkan pemeriksaan mata secara percuma. Nabawan terletak kira-kira 180 kilometer dari Kota Kinabalu dan perjalan ke sana memakan masa lebih tiga jam.

Pengarah Yadim Zon Sabah, Samin Ongki berkata, program ini adalah sebuah program dakwah yang bersifat kebajikan dan khidmat sukarela kepada penduduk kampung di kawasan pedalaman tanpa mengira latar belakang mereka.

Jelasnya, program ini bertujuan menyantuni masyarakat pedalaman Sabah melalui khidmat kesihatan mata dan seterusnya menjadikan perkhidmatan kesihatan sebagai satu medium dakwah yang lebih berkesan dan dekat di hati masyarakat akar umbi.

“Dengan adanya program ini juga memberikan peluang kepada golongan profesional yang berminat melaksanakan khidmat sukarela tetapi tiada peluang dan kesempatan untuk berbuat demikian.

“Justeru apabila diwujudkan program ini para doktor mata yang berminat untuk menjalankan kerja-kerja sukarela ini dapat turun padang dan ini sekaligus membantu usaha kerajaan meningkatkan tahap kesihatan rakyat,’’ katanya.

Beliau dalam program berkenaan seramai 25 sukarelawan telah turut serta termasuk pakar mata, doktor mata dan pembantu perubatan dari Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah, Hospital Daerah Keningau dan Hospital Beaufort serta pegawai-pegawai dakwah Yadim.

“Berdasarkan sambutan orang ramai, Yadim berhasrat untuk meneruskan program ini ke daerah-daerah lain d Sabah kerana sememangnya masih ramai penduduk luar bandar memerlukan pemeriksaan mata dan kesihatan,’’ katanya.

Menurutnya, daripada program ini, para sukarelawan mencadangkan satu usaha perlu dilakukan bagi mengumpul dana untuk memberikan sumbangan kepada penduduk kampung memberi cermin mata.

Katanya, pada keseluruhannya, program ini telah berjalan dengan lancar dan memberikan impak yang amat baik kepada semua pihak terutama dari segi dakwah.

Jelasnya, apa yang menarik ialah program ini mendapat penyertaan daripada pelbagai pihak termasuk doktor dan kakitangan perubatan bukan Islam dan ini sekaligus memperlihatkan imej yang baik kepada Islam.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *