Home » Aspirasi » Kisah di sebalik Muzmatch

Kisah di sebalik Muzmatch

Gambar https://i2-prod.manchestereveningnews.co.uk

App `Dating’ Muslim Paling Berjaya

SELEPAS mendengar ramai rakannya yang tidak bernasib merungut tentang kesukaran mencari pasangan, Shahzad Younas bertanya-tanya, “Jika saya seorang lelaki Islam, bagaimana saya boleh bertemu seorang gadis?” Dengan pantas, dia menyedari bahawa pilihan mereka adalah terhad. “Ia (mencari jodoh) akan melalui pekerjaan, kawan, keluarga, maka apa lagi? Umat Islam tidak mempunyai cara hidup mengunjungi bar atau kelab.”

Younas bertekad mengubah keadaan itu. Pada tahun 2013, beliau memutuskan untuk meninggalkan kedudukan sebagai pegawai kanan di Morgan Stanley untuk membangunkan satu aplikasi. Di bilik tidurnya, beliau telah membangunkan Muzmatch, sebuah aplikasi untuk umat Islam untuk bertemu orang Islam yang lain.

“Umat Islam tidak `dating’. Kami berkahwin, ” kata Younas kepada majalah Men’s Health melalui  video. Malah, `dating’,” jelasnya, adalah satu perkataan yang dipolarisasikan. “Dalam Islam, istilah `dating’ boleh menjadi masalah kerana sesetengahnya, ia tidak berakhir dengan matlamat perkahwinan.”

Itulah sebabnya beliau terpaksa mengambil sikap berhati-hati dalam membangunkan aplikasi berkenaan, yang kini mempunyai ratusan ribu pengguna harian di seluruh dunia.

Banyak aplikasi temu janji lain yang lebih popular, seperti Tinder dan Grindr, yang mempunyai reputasi yang kuat untuk menjadi aplikasi `hookup’ atau `dating’. Semasa menjalinkan hubungan dan mungkin diakhiri perkahwinan dengan, Younas menyatakan bahawa pertemuan dari aplikasi ini juga cenderung berlaku dalam keadaan kasual. Sudah tentu, umat Islam tidak digalakkan untuk menjalinkan hubungan atau `dating’ secara santai dan itu juga bukan apa yang cuba disasarkan oleh Younas. Beliau hanya mahu memenuhi keperluan umat Islam yang ingin segera mahu mempunyai ikatan.

Pada masa yang sama, “Kami tidak mahu [Muzmatch] menjadi terlalu serius kerana ia menakutkan kaum Muslim muda. Apa yang kita cuba lakukan adalah, membuat keseluruhan proses mencari seseorang yang berfikir tentang perkahwinan sesuatu yang positif dan tidak menakutkan, ‘’ jelas Younas.

Namun, Ketua Pegawai Eksekutif ini menyedari bahawa umat Islam adalah komuniti yang sangat pelbagai, dan tidak semua orang mencari perkara yang sama dalam pasangan dan dengan sebab itulah beliau meminta pengguna menjelaskan tahap `beragama’ mereka.

Younas mengakui bahawa apa yang dianggap `sangat beragama’ kepada satu orang tidak sama untuk pengguna lain. Dengan sebab itu beliau menyediakan tambahan 22 soalan agama dan keperibadian seperti, “Berapa kerap kamu bersembahyang?” “Adakah kamu minum arak?” dan “Adakah anda hanya makan Halal?”

Malah mereka diberi pilihan untuk mempunyai seorang pengiring semasa menggunakan aplikasinya. Apabila seseorang memilih untuk mempunyai pengiring, mereka boleh memilih ibu bapa, sahabat, atau sesiapa sahaja yang mempunyai akses kepada perbualan mereka. Pengguna lain akan dimaklumkan bahawa terdapat pengiring yang melihat mesej-mesej mereka.

“Ini adalah untuk memastikan tingkah laku yang baik,’’ kata Younas, “Jika anda bercakap perkara yang lebih bersifat keagamaan, ada satu prinsip Islam iaitu jika seorang lelaki dan seorang perempuan bercakap, harus ada pihak ketiga yang hadir.”

Younas telah menggunakan teknologi kreatif yang diselaraskan dengan ajaran Islam. Walau bagaimanapun, ada pengguna Muzmatch masih merasa malu mengakui bahawa mereka menggunakan aplikasinya.

Terdapat kira-kira 100 pengguna yang meninggalkan aplikasinya setiap hari kerana mereka bertemu dengan seseorang dan merancang untuk berkahwin. (Apabila pengguna menyahaktifkan profil mereka, mereka diminta menjawab soalan mengapa mereka meninggalkan aplikasi.) “Kami tahu kami mempunyai banyak kisah kejayaan, tetapi mereka sering bertanya, ‘Bolehkah anda menjadikanya sesuatu yang peribadi? Saya tidak mahu orang tahu kami bertemu dalam talian’’.

Tetapi Younas mula melihat perubahan dalam pemikiran sedemikian setelah lima tahun aplikasinya dilancarkan. Beliau berkata, semakin banyak pengguna mula berasa selesa dan dengan terbuka mengatakan bahawa mereka bertemu melalui aplikasinya.

“Keadaan ini sebenarnya hanya menunggu masa sehingga orang berasa lebih selesa [mengatakan mereka bertemu di Muzmatch],’’ katanya. “Saya fikir masyarakat Islam sering kali berada lima tahun di belakang arus perdana dalam perkara-perkara berkaitan hal ini.’’

Jadi, apa seterusnya akan berlaku kepada Muzmatch, yang penggunanya kebanyakannya datang dari Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom, dan negara-negara Barat yang lain? Memperluaskannya ke negara-negara majoriti Muslim.

Aplikasi baru sahaja memperolehi pelaburan Series A bernilai USD7 juta yang diketuai oleh dua pelabur Amerika Syarikat: Luxor Capital, dana lindung nilai berbilion dolar, dan Y Combinator, syarikat yang beroperasikan di Lembah Silicon dan yang telah menyokong Airbnb, Dropbox, Stripe dan Reddit

Dengan wang itu, mereka merancang untuk menjalankan pengiklanan di negara-negara majoriti Muslim di Afrika Utara, Asia Tengah, dan Timur Tengah. “Anda akan merasa teruja. Walaupun anda berada di negara dengan seratus juta orang Islam, orang masih merasa sangat sukar untuk mencari pasangan kerana anda terpaksa menyesuaikan diri dengan agama, budaya, ibu bapa dan semua itu’’.

Pada akhirnya, misi utama Younas adalah untuk meningkatkan bilangan cara umat Islam dapat bertemu. “Kita sudah berjaya. Kami mempunyai pengguna bertemu dan berkahwin di beberapa tempat terpencil yang boleh anda bayangkan. Kami juga mempunyai orang yang menghubungi kami dan berkata, ‘Jika bukan aplikasi anda, saya tidak akan dapat bercakap dengan orang yang sekarang saya panggil isteri saya.’’

Dipetik dari https://www.menshealth.com/sex-women/a28562829/muzmatch-muslim-dating-app/

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *