Home » Langit Terbuka » KKM bakal perkenal skim PeKa B40 untuk tangani NCD B40

KKM bakal perkenal skim PeKa B40 untuk tangani NCD B40

Skim Kesihatan
Menteri Kesihatan berkata, PeKa B40 akan saling melengkapi skim MySalam yang diperkenalkan buat pertama kalinya di Malaysia.

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bakal memperkenalkan Skim Peduli Kesihatan atau PeKa B40 bagi menangani isu penyakit tidak berjangkit (NCD) yang tinggi dalam kalangan golongan B40 di negara ini.

Menterinya Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata butiran lebih lanjut berhubung skim PeKa B40 akan diumumkan pada 28 Jan ini.

Berucap pada majlis pelancaran Skim Perlindungan Nasional B40 atau Skim MySalam di sini hari ini, beliau berkata PeKa B40 akan saling melengkapi skim MySalam yang diperkenalkan buat pertama kalinya di Malaysia.

Skim MySalam dilancarkan secara rasmi oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Kementerian Kewangan di sini hari ini. Hadir sama Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Skim MySalam menyediakan perlindungan takaful kepada golongan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40) yang menerima Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR). Melalui MySalam, kerajaan membantu golongan B40 menangani kesulitan kewangan yang timbul akibat kemasukan ke wad hospital kerajaan atau ditimpa satu daripada 36 penyakit kritikal.

Dr Dzulkefly berkata PeKa B40 dan mySalam berkongsi prinsip sosial yang sama iaitu memperluas akses kepada perkhidmatan kesihatan yang diperlukan, mengurangkan beban kos sara hidup dan meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Menteri Kesihatan menjelaskan mySalam pula ditawarkan kepada penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) yang berumur 18 hingga 55 tahun. – Bernama

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *