Home » Langit Terbuka » KLIA pintu masuk ke Arab Saudi

KLIA pintu masuk ke Arab Saudi

KUALA LUMPUR: Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) komited untuk menjadikan Malaysia sebagai hab jemaah haji dan umrah di rantau ini, berikutan kejayaan yang dicapai Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum ini.

Pengarah Urusannya, Datuk Badlisham Ghazali berkata, KLIA memperoleh tarikan trafik penumpang untuk jemaah haji dan umrah dari Singapura, Indonesia, Thailand dan China.

“Hab jemaah haji dan umrah akan diadakan di sini. Trafik umrah akan bermula di sini hingga ke Arab Saudi,” katanya.

Beliau berkata, bahagian operasi KLIA sudah menjalankan operasi perintis prakelulusan oleh Imigresen Arab Saudi untuk haji tahun lalu dan MAHB akan meneruskannya.

“Kami berbesar hati untuk menjalankan operasi berkenaan untuk musim haji tahun ini bersama kerajaan Arab Saudi. Kami inginkan pelaksanaan sempurna,” katanya.

Badlisham berkata, MAHB akan bekerjasama dengan Malaysia Airlines (MAS), Tabung Haji (TH), Jabatan Imigresen Malaysia dan kerajaan Arab Saudi untuk memberi prakelulusan kemasukan warganegara lain bagi haji dan umrah.

“Justeru, Malaysia akan menjadi lokasi tarikan untuk hab jemaah haji yang mana ia akan melonjakkan prestasi KLIA pada masa hadapan,” katanya.

Menurut laporan berita daripada Emiriah Arab Bersatu (UAE), jumlah jemaah haji dijangka mencecah 2.5 juta menjelang 2020 manakala jumlah jemaah umrah dijangka lebih tinggi iaitu meningkat kepada 15 juta berbanding tujuh juta pada 2017.

Badlisham berkata, hab prakelulusan itu akan membantu jemaah memasuki Arab Saudid dengan lebih mudah.

Dalam pada itu, MAHB juga sedang bersedia untuk menghadapi pertumbuhan kesalinghubungan di Asia terutama daripada KLIA ke Bangkok, Ho Chi Minh, Manila, serta bandar-bandar di China dan India.

“Kita mempunyai kapasiti mencukupi di KLIA2 dan KLIA. Jangkaan pembangunan kami menepati masanya dan ini adalah masa yang sesuai untuk menarik lebih banyak penerbangan ke Malaysia,” katanya dengan menambah MAHB juga menjalinkan kerjasama strategik dengan sektor pelancongan dalam mencapai sasaran Visit Malaysia 2020. – HARIAN METRO

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *