Home » Citra Yadim » Konvensyen ketengah ulama antarabangsa

Konvensyen ketengah ulama antarabangsa

Orang ramai dijemput hadir.

PUTRAJAYA 21 Jan. – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) akan berkolaborasi dengan Yayasan Amanah Al-Wariseen (YAAW) dan Pusat Pengajian Ba’lawi menganjurkan Konvensyen Antarabangsa  sempena Majlis Sambutan Terulung Maulidurasul SAW ke-15 pada Ahad 28 Januari ini bertempat di Dewan Muktamar Pusat Islam, Kuala Lumpur.

Justeru, YADIM menjemput orang ramai untuk sama-sama hadir pada program ini yang akan menampilkan penceramah terkenal antarabangsa iaitu Sheikh Dr. Muhammad Yahya al-Ninowy, Habib Zainal Abidin al-Hamid dan Sheikh Al-Sayyid Afeeefuddin Al-Jailani.

Dalam konvensyen ini, ceramah-ceramah akan disampaikan dalam dua bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Inggeris dengan menyentuh aspek-aspek seperti mencintai Rasulullah, peranan dan sumbangan para habib dalam perkembangan Islam di Nusantara serta pelbagai aspek yang lain.

Program ini diadakan bersempena dengan program Grand Mawlid dan Haul Syakh Abdul Qadir al-Jailani anjuran YAAW dan dengan tujuan untuk memupuk perpaduan dan keamanan kepada masyarakat Islam di negara ini.

Antara lain, program ini bertujuan untuk memupuk rasa cinta kepada Rasulullah sebagai asas akidah serta mengetengahkan peranan para habib dalam konteks dakwah di Nusantara yang dilaksanakan dengan konsep yang menitikberatkan keamanan dan berkesan.

Program ini diadakan secara percuma dan terbuka kepada semua pihak terutamanya pelajar universiti, kakitangan kerajaan, para profesional muda dan orang muda.

Progam ini akan bermula pada pukul 9.30 pagi dan dijadualkan berakhir pada pukul 2 petang.

Ceramah disampaikan dalam DWI-BAHASA. Peyertaan adalah percuma, layari www.kotakata.my untuk mendaftar.

Artikel Berkaitan

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *