Home » Citra Yadim » KPE YADIM di UNISZA Terengganu

KPE YADIM di UNISZA Terengganu

KETUA Pegawai Eksekutif YADIM, Ustaz Zamri Zainal Abidin telah dijemput menyampaikan Kuliah Khas Cinta Rasul di Masjid Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA), Kuala Terengganu pada 20 Oktober.
Program sempena sambutan Maulidur Rasul dan Hari Alumni UNISZA 2023 ini dihadiri seramai 150 peserta.
Di Terengganu Ustaz Zamri turut mengambil kesempatan menemui pimpinan Rakan Siswa YADIM (RSY) UNISZA untuk menyampaikan amanat agar mereka meneruskan khidmat dakwah walaupun sibuk dengan pelajaran.
Antara ditekankan Ustaz Zamri ialah daya pengurusan sistematik, komunikasi berkesan, diplomasi yang diterima semua peringkat serta pengurusan masa.
Beliau turut menegaskan agar ahli-ahli RSY fokus kepada hasil dan impak program serta penubuhan, bukannya bilangan anggota yang besar semata mata.
Hadir sama dalam pertemuan ini ialah Penasihat RSY UNISZA, Dr. Razi Yaakob.
Semoga RSY UNISZA akan terus cemerlang bergerak dalam melestari gerakan dakwah.

Artikel Berkaitan

Maqasid haji membina kesatuan ummah

Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang menjadi tunjang dalam kehidupan seorang Muslim. Ia adalah manifestasi ketaatan kepada Allah SWT

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *