Home » Citra Yadim » Sehari Bersama Komuniti (SEBATI) Madani Bintulu

Sehari Bersama Komuniti (SEBATI) Madani Bintulu

SEHARI Bersama Komuniti (SEBATI) Madani Bintulu telah berlangsung pada 20 Oktober di Masjid Darul Makmur, Kampung Jepak pada 20 Oktober.
Selain YADIM Sarawak, ia turut dimeriahkan dengan penyertaan pihak lain seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Sarawak, Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak, Institut Kemahiran Mara Bintulu, Tabung Haji dan Bank Rakyat cawangan Bintulu.
Selain pameran oleh agensi yang hadir, ahli kariah masjid yang kurang berkemampuan juga boleh membawa pulang pakaian terpakai yang didermakan dalam program ini.
Dalam program yang sama, Yang Dipertua YADIM, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus juga telah menyampaikan khutbah Jumaat yang menyentuh mengenai kepentingan kebersamaan dan solidariti dengan saudara di Palestin atas kezaliman yang menimpa mereka ketika ini.
Ahli kariah yang hadir menunaikan solat Jumaat juga menerima agihan bubur lambuk yang disediakan sendiri oleh kakitangan YADIM Sarawak bersama penduduk kampung.
Seramai 30 saudara kita turut menerima sumbangan barangan keperluan harian dalam program ini.
Pada sebelah malam pula, diadakan ceramah perdana bertajuk ‘Gaza Berdarah: Kekejaman Zionis’ oleh Datuk Hasanuddin yang mana beliau berkongsi pengalaman ketika menyertai misi kemanusiaan membantu penduduk Palestin pada Mei 2010.

Artikel Berkaitan

Malaysia negara pertama terima visa haji

KUALA LUMPUR: Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *