Home » Langit Terbuka » Kuasai ilmu terkini selari peredaran zaman

Kuasai ilmu terkini selari peredaran zaman

Datuk Mohd Na’im Mokhtar

KUCHING, 11 Ogos: Masyarakat Islam di negara ini perlu menguasai ilmu terkini selari dengan peredaran zaman seperti Kecerdasan Buatan (AI) dan aeroangkasa seperti mana yang ditekankan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokthar berkata, ia bagi memastikan masyarakat Islam berupaya memimpin pada era yang kian mencabar di pentas antarabangsa.
“Saya rasa apa yang disebut Premier Sarawak mengenai pentingnya dakwah orang Islam menunjukkan nilai positif selari dengan nilai MADANI dan orang Islam perlu menunjukkan keupayaan kita untuk memimpin.

“Orang Islam perlu menunjukkan kepada kita bagaimana cara Islam sesuai dengan perkembangan zaman contohnya teknologi, aeroangkasa, Kecerdasan Buatan (AI) serta Big Data dan segala berkaitan yang perlu dikuasai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Program Jelajah MADANI Ulama dan Umara (JMMU) Peringkat Sarawak 2024 di Wisma Sabati di sini hari ini.

Mengulas mengenai program berkenaan menurutnya, ia adalah bertujuan mempelajari pendekatan diambil pemimpin di setiap negeri.

“Jadi, saya rasa, insyaAllah, dengan adanya kefahaman jelas dalam kalangan murrabi ini, dengan pentadbir khususnya pemimpin negeri, saya rasa Islam akan subur,” ujarnya.

Untuk rekod, program tersebut yang dimasukkan dalam Pelan Transformasi Al-Falah (PTF) sebagai hala tuju hal ehwal agama menuju Malaysia MADANI. – TVS

Artikel Berkaitan

Diyat sebagai instrumen keadilan syariah

Diyat merupakan satu bentuk pampasan kewangan dalam sistem perundangan Islam yang diberikan kepada waris mangsa sebagai ganti rugi atas kehilangan nyawa atau

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

3 Tingkatan Puasa

Imam Ghazali RA dalam kitab Ihya Ulumuddin telah mengkategorikan puasa kepada 3 peringkat iaitu: 1. As-Saumul umum – puasa umum. 2. As-Saumul

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *