Home » Langit Terbuka » Kumpulan Islam Serbu Majlis Cari Rumah Pelacuran

Kumpulan Islam Serbu Majlis Cari Rumah Pelacuran

Ahli Laskar Pembela Islam (LPI) di Indonesia memegang sepanduk membantah pelacuran di Pamekasan. - Foto AFP

JAKARTA: Kumpulan konservatif Islam Indonesia menceroboh parti ulang tahun kanak-kanak, ketika menjalankan operasi mencari rumah pelacuran, kata polis hari ini.

Kejadian berlaku Jumaat lalu apabila puluhan anggota Barisan Pertahanan Islam (FPI) menyerbu sebuah rumah dipercayai digunakan untuk tujuan pelacuran, di pulau Madura, Jawa Timur.

Kumpulan berkenaan menarik dua orang yang disyaki pelacur dari rumah berkenaan dan menyerang pemiliknya, sehingga wanita itu pengsan, kata polis.

Mereka kemudian menceroboh rumah berhampiran, termasuk satu yang menganjurkan majlis ulang tahun seorang kanak-kanak.

“Kumpulan berkenaan menyerang rumah itu dan menyerang penduduk tempatan.

“Mereka cuba menjadi polis dalam cubaan memerangi jenayah,” kata jurucakap polis, Frans Barung Mangera.

Beliau tidak mengesahkan laporan kumpulan radikal berkenaan mengasari beberapa wanita yang membawa anak mereka ke parti itu. – AFP

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *