Home » Citra Yadim » Kunjung hormat Institut Aminudin Baki (IAB)

Kunjung hormat Institut Aminudin Baki (IAB)

BERTUJUAN mengadakan kerjasama strategik daripada segi jaringan dan kolaboratif dalam bidang pengurusan serta kepimpinan pendidikan, Institut Aminudin Baki (IAB) pada 18 Januari telah mengadakan kunjung hormat kepada Yang Dipertua YADIM.
Kunjungan kepada Datuk Hasanuddin Mohd Yunus di pejabatnya di Putrajaya itu juga untuk mengadakan perbincangan khususnya berhubung pendekatan kepimpinan dakwah Islamiah antara IAB dan YADIM pada masa akan datang.
IAB diwakili oleh Timbalan Pengarah Kanan (Kluster Khidmat Latihan), Tuan Megat Affandi Datuk Wira Haji Ismail, Ketua Pusat Pembangunan Komuniti, Haji Rushdi Mohamed serta Ketua Jabatan Kepimpinan Komuniti Dan Jaringan Korporat, Puan Noor Haniza Abdul Halim.
Turut hadir ialah pensyarah-pensyarah kanan, Encik Zulhazmi Zakaria, Encik Mohd Nashahrudin Mat Daud, Dr. Mohd Nuri Mustafa dan Puan Sangadah@Sa’adah Sumrah.
Pegawai Pakar Bidang Khusus YADIM, Dr Masitah Esa hadir sama dalam pertemuan ini.
Semoga apa yang direncana menjadi realiti, membuahkan hasil dan membawa manfaat untuk semua.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *