Home » Citra Yadim » Kunjung hormat KEMUDA YADIM ke SMK Abdul Jalil, Hulu Langat

Kunjung hormat KEMUDA YADIM ke SMK Abdul Jalil, Hulu Langat

BAHAGIAN Kepimpinan Muda (KEMUDA) YADIM dan YADIM Negeri Selangor telah mengadakan kunjung hormat ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abdul Jalil, Hulu Langat pada 11 Oktober.
Pelbagai cadangan kerjasama yang boleh membawa manfaat kepada kedua pihak dibincangkan dalam pertemuan dengan Pengetua SMK Abdul Jalil, Puan Wan Norma Wan Pi (Pengetua Cemerlang), Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Encik Mohd Jamil Abdul Hamid, Penolong Kanan Petang ,Encik Ahmad Nazrin Mohd Rosli dan Kaunselor Sekolah, Encik Mohd Fyirhan Roseli.
Antaranya termasuklah berkaitan sahsiah dan akhlak yang menjadi fokus utama dalam pembentukan peribadi seseorang penuntut ilmu.
YADIM dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia mencadangkan beberapa siri program bagi menambah baik sahsiah dan ibadah pelajar-pelajar sekolah khususnya bagi tingkatan satu dan dua di sesi petang selain berhasrat menjadikan SMK Abdul Jalil sebagai sekolah angkat untuk membantu meningkatkan prestasi pelajar-pelajar.
Program terdekat yang dirancang bersama ialah Kem Bina Sahsiah di Institut Latihan Dakwah YADIM di Hulu Langat yang direka bagi membentuk dan memperkasa ibadah serta akhlak pelajar pada November nanti.
Hadir mewakili badan dakwah ini ialah Ahli Lembaga Pemegang Amanah bagi Sektor Latihan dan Pengkaderan YADIM, Encik Muhamad Faisal Abdul Aziz Pengarah KEMUDA, Encik Shahrizal Mat, Penolong Pengarah YADIM Negeri Selangor, Encik Mohammad Izzuddin Mohamad Ares serta pegawai-pegawai badan dakwah ini.
Turut serta dalam pertemuan ini ialah Encik Zul Aiman, alumni SMK Abdul Jalil.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *