Home » Citra Yadim » Kunjung Hormat  Majlis Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (MPSMKA)

Kunjung Hormat  Majlis Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (MPSMKA)

PUTRAJAYA – Dengan hasrat melahirkan calon yang mampu meraih keputusan cemerlang, Majlis Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (MPSMKA) mencadangkan pelaksanaan Kem Jawahir Mumtazah SMKA SABK untuk Calon A + SPM 2023 dengan kerjasama YADIM.

Penganjuran program ini dilihat mampu memberi momentum yang diperlukan, apatah murid-murid yang terlibat adalah anak-anak Muslim yang bakal mewarisi negara ini.

Demikian antara yang dihasratkan dalam kunjung hormat MPSMKA ke YADIM pada 7 Jun.

Kedatangan mereka ke badan dakwah ini disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Ustaz Zamri Zainal Abidin dan Pengarah Bahagian Kepimpinan Muda, Encik Shahrizal Mat.

MPSMKA antaranya diwakili oleh Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pendidikan, Haji Saifudin Husin, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan, Yang Dipertua Majlis Pengetua SMKA Kebangsaan,  Haji Mohd Kamal Mahdi dan Haji Ismail Mohamad.

MPSMKA berharap,  sebagai sebuah agensi yang melestarikan kegiatan dakwah di Malaysia, YADIM dapat membantu usaha untuk mengangkat martabat ummah demi kelestarian dakwah Islamiah.

 

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *