Home » Citra Yadim » Kunjung hormat Persatuan Pengajian Al-Quran dan Al-Hadis Orang Kelainan Upaya (OKU) Pendengaran Selangor

Kunjung hormat Persatuan Pengajian Al-Quran dan Al-Hadis Orang Kelainan Upaya (OKU) Pendengaran Selangor

YADIM terus dikunjungi pelbagai pihak yang berhasrat menjalin pelbagai bentuk kerjasama bagi manfaat masyarakat.
Terbaharu pada 22 November, Persatuan Pengajian Al-Quran dan Al-Hadis Orang Kelainan Upaya (OKU) Pendengaran Selangor (AQPS) telah mengadakan kunjung hormat kepada Yang Dipertua YADIM, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus bagi meneroka peluang bekerjasama.
Persatuan ini yang aktif dengan pelbagai aktiviti untuk ahlinya, juga berbincang berkenaan usaha memperkasakan pusat Pengajian Al- Qur’an & Hadis OKU Pekak untuk negeri Selangor .
Ia bertujuan meningkatkan keyakinan dalam membaca Al Quran dan hadis, khususnya untuk mualaf OKU pendengaran.
AQPS diwakili oleh Pengerusinya, Encik Zainudin Ibrahim, Timbalannya, Encik Ibdhi Hari Ali Najeeb, Setiausaha, Puan Nurul Khawa Mohd Anis, Penolong Setiausaha, Encik Lukman Hakim Abdul Talib dan Bendahari, Encik Amir Hamzah Abu Bakar.
Turut hadir ialah ahli jawatankuasa AQPS, Puan Azila Kamis, Puan Wan Roslina Wan Derahman dan penasihat persatuan tersebut, Encik Marzuki Ong Maliki Ong.
Hadir sama ke pertemuan ini ialah Pengarah Bahagian Penyelarasan NGO dan Rakan Strategik YADIM, Ustaz Mohd Khairrul Fuad Samsudin.

Artikel Berkaitan

Pengurusan Nafkah Dalam Keluarga

Secara prinsipnya, fitrah kewajipan memberikan nafkah merupakan tanggungjawab suami sehingga wajib bekerja dengan baik melalui usaha yang halal dan wanita sebagai kaum

Program Penghayatan Israk Mikraj

YADIM telah terlibat sama menyantuni komuniti Jabatan Penjara Negeri Pahang menerusi program Bicara Dakwah Madani Israk dan Mikraj pada 26 Januari. Pengarah

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *