Home » Citra Yadim » Kunjungan penyanyi dan penulis lagu nasyid, Daqmie kepada YDP YADIM

Kunjungan penyanyi dan penulis lagu nasyid, Daqmie kepada YDP YADIM

YADIM Sentiasa mencari ruang dan peluang untuk melestari gerakan dakwah serta memastikan usahanya kekal relevan dan berkesan.
Justeru, tanpa meminggirkan gerak kerja dakwah tradisonal, pendekatan menerusi seni ialah antara yang telah dan sedang diusahakan sebagai inisiatif agar gerakan dakwah sentiasa segar dan diterima masyarakat.
Melalui kunjungan penyanyi dan penulis lagu nasyid, Azmee Abdul Manap atau lebih popular dikenali sebagai Daqmie kepada Yang Dipertua YADIM, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus pada 21 November, badan dakwah ini meraikan hasratnya untuk bekerjasama menggerakkan dakwah menerusi seni, khususnya menerusi platform nasyid.
Antara yang dibincangkan termasuklah penghasilan lagu dan klip video bertemakan dakwah dan kasih sayang untuk diketengahkan.
Menurutnya, inisiatif ini juga boleh disasarkan untuk golongan yang lebih luas dan bukannya pengemar lagu-lagu nasyid semata-mata.
Datuk Hasanuddin yang menyambut baik hasrat Daqmie berkata, usaha berkenaan boleh diperluaskan lagi dengan sokongan rakan-rakan dakwah dan badan bukan kerajaan selain agensi lain yang berkaitan.

Artikel Berkaitan

Majlis Hari Raya Aidilfitri Muhibah Madani

GOLONGAN bukan Muslim didekati YADIM menerusi pelbagai program dan pendekatan dakwah. YADIM Negeri Selangor umpamanya dengan kerjasama tiga rakan strategik iaitu MACMA,

SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI

  SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI merupakan sebuah program yang dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik YADIM Negeri Sembilan dan Melaka iaitu Institut Pendidikan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *