Home » Citra Yadim » Kunjungan Dato’ Dr Hasaan Ali ke Yang Dipertua YADIM

Kunjungan Dato’ Dr Hasaan Ali ke Yang Dipertua YADIM

PUTRAJAYA – Penceramah dan motivator terkemuka tanah air, Dato’ Dr Hasan Ali telah berkunjung ke YADIM bagi mengadakan pertemuan dengan  Yang Dipertua badan dakwah ini, Ustaz Nasrudin Hassan.

Kehadiran Dato’ Dr Hasan Ali berbetulan ketika beliau sedang mengikuti rombongan Jamaah Tabligh yang sedang berada di sekitar Putrajaya sejak beberapa minggu lalu.

Antara yang dibincangkan dalam kunjungan beliau ialah tentang perancangannya bagi menubuhkan Kompleks Anjung Husnul Khatimah di Bukit Cerakah, Selangor. 

Dalam kunjungan ini, YADIM juga turut berbesar hati menjemput Dato’ Dr Hassan sebagai penceramah khas dalam program YADIM yang terdekat nanti. 

Keduanya turut berkongsi ilmu dan idea yang menatijahkan kebaikan dakwah dan Islam untuk pelbagai lapisan masyarakat.

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *