Home » Citra Yadim » Kunjungan hormat PPD Klang kepada YADIM Selangor

Kunjungan hormat PPD Klang kepada YADIM Selangor

YADIM Selangor telah menerima lawatan kunjungan hormat daripada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Klang pada 30 Januari.
Pertemuan ini bertujuan untuk membincangkan kerjasama dakwah khusus untuk pelajar dan guru di daerah tersebut.
Pertemuan tersebut telah dipengerusikan oleh Pengarah YADIM Negeri Selangor, Encik Mohd Fitri Aziz Mohd Yusof dan disertai wakil pegawai YADIM di Bahagian Kepimpinan Muda.
Perbincangan tersebut memfokuskan pelaksanaan program kajian inovasi dakwah melalui Pendidikan Islam dan Bahasa Arab selain penganjuran Seminar Kenegaraan Madani melibatkan guru-guru Pendidikan Islam serta pelajar-pelajar khususnya Tingkatan Enam di daerah tersebut pada Jun 2024.
Hadir mewakili Pejabat Pendidikan Daerah Klang ialah Pegawai SISC+ Sektor Pembelajaran PPD Klang, Encik Mohd Hafidzuddin Muzaiyin dan Dr. Anuar Md Amin.
Turut hadir ialah Penolong Pejabat Pendidikan Daerah Unit Pendidikan Islam Sektor Pembelajaran PPD Klang, Encik Mohamad Rashid Mohamad Saleh dan Encik Asyapul Adli Satimin.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *