Home » Citra Yadim » Kunjungan Rektor Universiti Fatoni ke YADIM

Kunjungan Rektor Universiti Fatoni ke YADIM

PUTRAJAYA – Rektor Universiti Fatoni, Thailand, Prof Madya Dr Ismail Lutfi Japakiya pada 22 Oktober telah mengadakan kunjungan ke ibu pejabat Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) di sini.

Kedatangan kali pertama beliau ini, disambut sendiri oleh Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz sebelum beliau dan Ismail mengadakan pertemuan di pejabatnya.

Dalam pertemuan selama kira kira setengah jam itu, Nik Omar dan Ismail bertukar pandangan dan membicarakan mengenai pelbagai perkara, khususnya tentang isu isu dakwah nusantara.

Ismail kemudiannya telah diberi penghormatan untuk menyampaikan tazkirah dalam satu slot khas yang dihadiri oleh kakitangan dan pegawai YADIM di sini.

Menerusi slot tersebut, beliau membicarakan tentang buku hasil tulisannya, ‘Syaithan Al Rajim’.

Jelas Ismail, buku tersebut ditulisnya setelah mendapati tiada penulisan mengenai tajuk berkenaan untuk bacaan masyarakat Islam.

Dalam pada itu, YADIM kata beliau bukanlah institusi yang asing untuknya. Jelas Ismail, badan dakwah ini telah dikenalinya sejak YBhg. Dato’ Dusuki Ahmad menjadi Yang Dipertuanya.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *