Home » Citra Yadim » Kunjungan Yayasan Waja (YAWA) di pejabat YDP YADIM

Kunjungan Yayasan Waja (YAWA) di pejabat YDP YADIM

YANG Dipertua YADIM, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus telah menerima kunjungan Yayasan Waja (YAWA) di pejabatnya pada 23 Oktober bertujuan untuk mencari ruang kerjasama dengan badan dakwah ini terutamanya untuk menyantuni komuniti Orang Asli di negara ini.
Cadangan lokasi kerjasama antara YADIM dan YAWA ialah di sekitar Pos Rejang dan Kuala Lipis.
Dalam pertemuan ini, YAWA juga menyatakan hasrat menjadikan 15 masjid sebagai masjid angkat kepada penempatan Orang Asli di negara ini.
Program program ini yang dicadangkan untuk dilaksanakan dengan kerjasama jabatan agama Islam negeri bakal memberi fokus kepada generasi muda Orang Asli.
Hadir mewakili YAWA ialah Pengerusianya Haji Muzammil Hafiz dan Pengerusi badan bukan kerajaan Orkid Care di bawah YAWA, Haji Ismail Omar.
YADIM pula diwakili oleh Pengarah Bahagian Pembangunan Duát, Puan Rohaizah Jawahir, Pengarah Bahagian Penyelarasan Strategik dan NGO, Ustaz Mohd Khairrul Fuad Samsudin dan Penolong Pengarahnya, Ustaz Abdul Hafiz Mat Tuah.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *