Home » Langit Terbuka » Kuota Haji Negara Tahun Ini Kekal 30,200 – TH

Kuota Haji Negara Tahun Ini Kekal 30,200 – TH

Kuota haji rasmi negara kekal sebanyak 30,200 seperti tahun lalu

KUALA LUMPUR – Tabung Haji (TH) menafikan laporan sebuah portal berita kononnya kerajaan Arab Saudi akan menyekat atau mengurangkan kuota haji rasmi Malaysia pada musim ibadah berkenaan tahun ini.

Pengurus Besar Kanan Jabatan Haji, Lembaga TH, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, berkata sebaliknya, kuota haji rasmi negara kekal sebanyak 30,200 seperti tahun lalu.

Beliau berkata, kuota terbabit adalah seperti yang ditetapkan kerajaan Arab Saudi, iaitu sebanyak 0.1 peratus daripada keseluruhan penduduk Malaysia.

“TH sudah membuat persiapan rapi, terutama dari segi penginapan di Makkah dan Madinah, penerbangan, pengangkutan, sajian makanan serta penyelarasan petugas dalam usaha memastikan kebajikan jemaah terjamin sepanjang menunaikan ibadah haji,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Malah, Syed Saleh berkata, bakal jemaah juga sudah menghadiri Kursus Perdana Haji di seluruh negara bermula minggu lalu bagi meningkatkan tahap pengetahuan mereka berkaitan ibadah itu, terutama dari segi praktikal.

Sebanyak tiga lagi Kursus Perdana Haji akan dijalankan minggu ini di Perlis, Zon Tengah Sarawak dan Zon Pantai Timur Sabah.

Penerbangan pertama jemaah haji akan berlepas pada 14 Julai, manakala penerbangan terakhir ke tanah suci Makkah dijangkakan 14 Ogos depan. – BERITA HARIAN ONLINE

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/07/444937/kuota-haji-negara-tahun-ini-kekal-30200-th

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *