Home » Citra Yadim » Kursus Influencer Dakwah @ Tik Tok YADIM Pulau Pinang

Kursus Influencer Dakwah @ Tik Tok YADIM Pulau Pinang

BOLEH Dikatakan semua anak muda hari ini memiliki akaun TikTok yang digunakan untuk berkomunikasi dan mencari maklumat.

Menyedari kepentingan dan peluang yang boleh dimanfaatkan ini, YADIM Pulau Pinang telah menyertai Kursus Influencer Dakwah @ Tik Tok baru–baru ini bertempat di Hotel Ixora, Perai.

Diwakili oleh Pengarah YADIM Pulau Pinang, Ustaz Mohammad Fadzil Alias dan Penolong Pengarah, Ustaz Muhammad Muaz Abul Kassim, ia memberi pendedahan penghasilan kandungan TikTok yang beresan untuk menarik minat ramai, khususnya anak muda dan bagaimana memanfaatkannya dalam jalan dakwah.

Kursus ini dikendalikan oleh Encik Muhammad Azri Alias dan Firdaus dari Hamare Group serta Ustaz Mohd Firdauz Mohd Shurkan dari Unit Dakwah Kreatif, Bahagian Dakwah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Ia bukan sahaja mengajar secara teori namun terus diaplikasikan secara praktikal melalui beberapa slot latihan secara teknikal, langkah demi langkah.

Seramai 45 peserta dari pelbagai latar belakang menyertainya yang diadakan secara kerjasama oleh Bahagian Dakwah JAKIM, Bahagian Dakwah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) dan Zakat Pulau Pinang.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah JHEAIPP, Haji Mohd Hanif Omar menyempurnakan majlis penutup yang turut dihadiri Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Dakwah JAKIM, Ustazah Zalina Long.

Artikel Berkaitan

Pengurusan Nafkah Dalam Keluarga

Secara prinsipnya, fitrah kewajipan memberikan nafkah merupakan tanggungjawab suami sehingga wajib bekerja dengan baik melalui usaha yang halal dan wanita sebagai kaum

Program Penghayatan Israk Mikraj

YADIM telah terlibat sama menyantuni komuniti Jabatan Penjara Negeri Pahang menerusi program Bicara Dakwah Madani Israk dan Mikraj pada 26 Januari. Pengarah

Analisis solat dan kesihatan

Otot Profesor Ir. Dr. Wan Abu Bakar Wan Abas yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *