Home » Citra Yadim » Lawatan kerja Pulau Aman, YADIM Pulau Pinang

Lawatan kerja Pulau Aman, YADIM Pulau Pinang

DENGAN Kepelbagaian penduduk dan budaya, Pulau Pinang memerlukan pendekatan dakwah yang tersendiri dan proaktif.
Cakna dengan keperluan itu, YADIM Pulau Pinang pada 18 Januari telah mengadakan lawatan kerja ke Pulau Aman, Seberang Perai Selatan untuk meninjau dan mengadakan perbincangan dengan Pengerusi Masjid Ar-Rahman di sana dan Pengerusi Majlis Pembangunan Komuniti Kampung (MPKK) bagi pihak YADIM merangka program yang boleh dijalankan bersama penduduk.
Pengerusi masjid tersebut, Encik Ishak Man dan Pengerusi MPKK, Encik Zulkplee Yusof telah membawa Pengarah YADIM Pulau Pinang, Ustaz Mohammad Fadzil Alias serta kakitangannya meninjau sekitar pulau untuk melihat sebarang bentuk keperluan program yang boleh dilaksanakan.
Hasil perbincangan, program terdekat yang dirancang bakal diadakan bersama ialah Sehari Bersama Komuniti Madani (SEBATI) yang bakal berlangsung pada Februari nanti.
Majoriti penduduk merupakan nelayan yang boleh YADIM ambil peluang untuk menyantuni mereka menggunakan pendekatan dakwah dan Kebajikan.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *