Home » Citra Yadim » Lawatan MDN ke Kumpulan Media Karangkraf

Lawatan MDN ke Kumpulan Media Karangkraf

SHAH ALAM 10 Mac- Majlis dakwah negara (MDN-YADIM) mengadakan lawatan kerja ke Kumpulan Media Karangkraf pada 9 Mac, dalam usaha majlis berkenaan meluaskan rangakaian kerjasama dengan pelbagai pihak khususnya media massa.

Dalam lawatan itu, delegasi MDN diketuai sendiri oleh Pengerusinya, Prof Emeritus Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Abdul Majid, timbalannya, Prof. Datuk Zakaria Stapa, serta ahli-ahli MDN yang lain iaitu Puan Sri Fatini Yaacob, Datin Nurbaya Musa, Haji Baharom Kasim, Datuk Hassan Mohd. Noor, Datuk Razali Shahabudin, Datuk Yazid Othman dan Siti Fatahiyah Mahmood.

Turut serta adalah Pengarah Sekretariat MDN, Kapten (B) Shamsuddin Moner.

Delegasi telah diberi sambutan oleh Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub dan Penasihat Eksekutif, Datuk A. Jalil Ali serta beberapa pegawai kanan syarikat berkenaan.

Dalam pertemuan berkenaan, MDN dan Kumpulan Media Karangkraf telah membincangkan pelbagai perkara terutama berkaitan peluang-peluang kerjasama yang boleh dijalinkan oleh kedua-dua belah pihak.

Dr Mahmood Zuhdi berkata, MDN ingin bekerjasama dengan Kumpulan Media Karangkraf terutama dalam mempromosikan perpaduan dan hubungan baik di antara pelbagai pihak di negara ini terutama dalam soal berkaitan kepentingan umat Islam.

“MDN berharap, Kumpulan Media Karangkraf dapat membantu MDN dalam mempromosikan perpaduan ummah dan ini boleh dilakukan dengan pelbagai cara melalui media seperti membangkitkan soal-soal persamaan dan menghindari polemik akibat perbezaan,’’ katanya.

Sementara itu, Husamuddin berkata, pihaknya amat mengalu-alukan cadangan berkenaan dan sememangnya amat prihatin terhadap masalah yang melanda masyarakat tetapi kaedah dan cara pihaknya menangani masalah berkenaan agak berbeza.

“Bagi pihak Karangkraf, kami percaya masalah yang dihadapi di dalam masyarakat perlu ditangani dengan mengembalikan umat Islam kepada al-Quran dan dengan sebab itu kami menganjurkan program World Quran Hour,’’ katanya.

Beliau berkata, perbezaan pendapat mengenai pelbagai perkara yang berlaku di kalangan umat Islam hari ini boleh diatasi apabila semua pihak kembali kepada asas iaitu memahami isi kandungan al-Quran

Artikel Berkaitan

Tingkat kualiti pendakwaan syarie

SHAH ALAM – Penubuhan Jabatan Pendakwaan Syarie Malaysia (JPSM) berupaya meningkatkan kualiti pendakwaan dan menyeragamkan proses penggubalan undang-undang syariah di negara ini.

Kunjungan hormat PPD Klang kepada YADIM Selangor

YADIM Selangor telah menerima lawatan kunjungan hormat daripada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Klang pada 30 Januari. Pertemuan ini bertujuan untuk membincangkan kerjasama

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *