Home » Citra Yadim » Lebih 1,500 hadir #QuranHour

Lebih 1,500 hadir #QuranHour

 

 

KOTA KINABALU 1 Jan. – Lebih 1,500 umat Islam hadir dalam program progam Satu Jam Bersama Al-Quran (#QuranHour) Peringkat Negeri Sabah 2017 Bil.2/2017, malam tadi yang dianjurkan oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) bersama pelbagai pihak lain di negeri  ini.

Pengarah YADIM Sabah, Samin Ongki berkata, program berkenaan yang diadakan  bermula pukul 5 petang sehingga 9.30 malam bertempat di Masjid Negeri Sabah, Kota Kinabalu, adalah sebahagian daripada program sambutan tahun baharu 2018 yang diadakan di Sabah kali ini.

Beliau berkata, selain YADIM, program berkenaan adalah anjuran bersama Kerajaan Negeri, Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Sabah, RTM Sabah, Sabahfm, Warisan Ummah Ikhlas Foundation, Rumahngaji dan Kumpulan Media Karangkraf.

Antara yang turut hadir dalam program berkenaan adalah Yang Dipertua Negeri Sabah, Tuan Yang Terutama , Tun Datuk Seri Panglima (Dr) Haji Juhar bin Datuk Haji Mahiruddin, Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri, Datuk Haji Mohd Arifin bin Haji Mohd Arif dan Mufti Sabah, Datuk Haji Bungsu@Aziz B Jaafar.

Manakala orang ramai yang hadir terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk kaki tangan kerajaan, pihak swasta, ahli-ahli badan bukan kerajaan (NGO), golongan belia dan orang perseorangan.

“Selain daripada program membawa al-Quran, turut dilaksanakan adalah pelbagai pengisian lain seperti membaca, tadabbur dan tazakkur Surah Al-Fatihah serta sesi perkongsian ilmu,’’ katanya.

Beliau berkata, program ini diadakan bagi mendekatkan al-Quran kepada masyarakat dan akan dijadikan sebagai acara tahunan dengan adanya sokongan daripada pelbagai pihak serta sambutan yang baik diterima daripada masyarakat Islam Sabah.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *