Home » Langit Terbuka » Lebih 300 NGO Islam bantah Akta Keharmonian Nasional

Lebih 300 NGO Islam bantah Akta Keharmonian Nasional

Aminuddin Yahaya . Foto : Imedia.my

PUTRAJAYA 12 Mac – Gerakan Pembela Ummah (Ummah) yang mewakili lebih 300 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam membantah sekeras-kerasnya penggubalan Akta Keharmonian Nasional yang mengugat kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan.

Ketua Sekretariat Ummah, Aminuddin Yahaya berkata, pihaknya yang telah  memperhalusi draf akta berkenaan dan mendapati ia mengandungi elemen-elemen yang menyamaratakan kedudukan Islam dengan agama-agama lain.

“Selain itu, kuasa yang diberikan kepada Suruhanjaya Keharmonian menerusi akta itu adalah terlalu besar sehingga mempunyai imuniti dan tidak boleh dikenakan tindakan mahupun disaman.

“Kuasa yang terlalu besar itu sehingga ia boleh menyentuh agama Islam yang hakikatnya di bawah kuasa negeri-negeri serta raja-raja Melayu,” katanya dalam sidang akhbar selepas pertemuan Ummah bersama NGO-NGO Islam di sini hari ini.

Ujar beliau, pihaknya telah meneliti draf berkenaan menerusi pertemuan dengan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional  dan difahamkan draf itu masih belum sampai ke peringkat Pejabat Peguam Negara.

“Kami juga menolak akta ini kerana ia tidak melibatkan NGO Islam sebagai pihak berkepentingan sebaliknya pihak tertentu yang ada pandangan berbeza,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan

Ribuan wanita di Malaysia  pencari nafkah

PADA era ekonomi globalisasi kini yang sangat mencabar menjangkaui keupayaan individu melalui Revolusi Perindustrian 4.0 telah menampakkan perubahan yang ketara dari segi

Seiring Dakwah dan Amal

Alhamdulillah, kebelakangan ini, ramai dalam kalangan umat Islam yang cuba mengambil peluang menyampaikan dakwah terutamanya melalui kemudahan media sosial. Hal ini sebenarnya

Mus’ab Bin Umair: Menjadi Duta Umat

Hari ini tidak seperti dahulu. Pengamalan ajaran Islam sudah semakin meluas. Baik sekecil-kecil perkara seperti rancangan keagamaan di kaca televisyen sehinggalah pelaksanaan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *