Home » Langit Terbuka » Lebih 80 peratus kes jenayah tular dapat diselesaikan

Lebih 80 peratus kes jenayah tular dapat diselesaikan

Kebanyakan kes yang dirakam dan diviralkan dalam media sosial adalah kejadian jenayah yang mendatangkan cedera, peras ugut, rusuhan, cubaan bunuh dan curi kenderaan, ujar Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman. - Foto MalayMail.com

GEORGE TOWN – Lebih 80 peratus daripada kes jenayah yang berlaku di negara dan diviral dalam laman sosial media tahun ini sehingga hujung Mei lepas telah dapat diselesaikan Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, polis sentiasa memantau video yang merakamkan kejadian jenayah yang berlaku di seluruh negara dan kebanyakan telah dibuka kertas siasatan.

“Bermula Januari sehingga hujung Mei tahun ini, 35 rakaman video kejadian jenayah yang berlaku di negara telah berjaya dikesan dan kertas siasatan telah dibuka di mana sejumlah 29 kes dapat diselesaikan,” katanya kepada pemberita pada sidang media khas bersama Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk T Narenasagaran di sini.

Kebanyakan kes yang dirakam dan diviralkan dalam media sosial adalah kejadian jenayah yang mendatangkan cedera, peras ugut, rusuhan, cubaan bunuh dan curi kenderaan.

Huzir berkata, masih terdapat enam kes daripada 35 kertas siasatan yang dibuka tahun ini masih dalam peringkat siasatan dan selebihnya telah berjaya dituduh atau direman sementara menunggu arahan Timbalan Pendakwaraya.

“Daripada 29 kes yang berjaya diselesaikan, 87 individu berjaya ditangkap, 25 individu dituduh di mahkamah atas pelbagai kesalahan manakala baki masih dalam siasatan dan tunggu arahan DPP,” katanya.

Beliau juga meminta orang ramai yang mempunyai sebarang rakaman kejadian jenayah boleh menyalurkan ke dalam laman sosial rasmi PDRM seperti ‘Facebook PDRM’, Twitter PDRM atau Whatsapp PDRM viral video mengikut talian 019-3019930. – Bernama

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *