Home » Langit Terbuka » LEBIH RM6.8 JUTA DIBELANJAKAN UNTUK BANTU ASNAF, MASYARAKAT

LEBIH RM6.8 JUTA DIBELANJAKAN UNTUK BANTU ASNAF, MASYARAKAT

KUALA LUMPUR – Sejumlah RM6,853,268.88 telah dibelanjakan agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) sepanjang Julai 2022 bagi membantu  para asnaf dan masyarakat yang terkesan akibat musibah dan sebagainya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad berkata ia merupakan tanggungjawab dan amanah yang digalas agensi di bawah kementeriannya yang sentiasa cakna akan kesusahan masyarakat.

Ujar beliau, selain bantuan kepada asnaf dan golongan yang layak, agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bulan lalu turut membantu mangsa banjir di Baling, Kedah.

“Ramai yang terkesan akibat musibah banjir di Baling, Kedah.

“Oleh itu, agensi-agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah digerakkan turun membantu menyalurkan sumbangan,” katanya menerusi catatan di Facebook.

Menurut Idris, daripada jumlah keseluruhan yang telah disalurkan, RM2,452,719.88 digunakan untuk program Musaadah dan RM4,400,549.00 untuk Ar-Rahnu Bisnes dan Ar-Rahnu Care.

Kata Idris beberapa progam untuk manfaat rakyat turut dianjurkan bulan lalu antaranya Kempen Pencegahan Jenayah Syariah 2022, Seminar Lelaki Qawwam Peringkat Kebangsaan, Muzakarah Zakat Kebangsaan, Majlis Anugerah Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) Peringkat Kebangsaan dan Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1444H. – AlHijrah Online

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *