Home » Citra Yadim » Lembaran YADIM Sdn. Bhd. (LYSB) mengadakan perbincangan dengan Pengerusi FELDA

Lembaran YADIM Sdn. Bhd. (LYSB) mengadakan perbincangan dengan Pengerusi FELDA

MENYAHUT Seruan kerajaan dan mahu membantu keterjaminan makanan dalam negara, Lembaran YADIM Sdn. Bhd. (LYSB) pada 23 Oktober telah mengadakan perbincangan dengan Pengerusi FELDA, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek bagi tujuan kerjasama antara kedua pihak.
Timbalan Yang Dipertua Yadim (TYDP) Profesor Madya Dr Adi Anuar Azmin mengadakan pertemuan selama sejam yang antara lain membincangkan hasrat untuk membangunkan tanah milik FELDA bagi tujuan pertanian.
Hadir sama dalam pertemuan ini ialah pengurus besar LYSB, Encik Megat Md Hamzani dan rakan strategik LYSB iaitu JFAG Sdn Bhd yang diwakili oleh Ketua Eksekutif JFAG Sdn Bhd, Encik Francky Abdullah, Pengurus Ladang JFAG Sdn Bhd. Encik Md Hafiz Ahmad dan turut disertai oleh Pengarah Jabatan Pembangunan Pertanian dan Ternakan Felda, Encik Hasrin Ismail.
Rancangan ini ialah sebahagain inisiatif LYSB bagi mempelbagaikan perniagaannnya yang ketika ini memberi fokus kepada peruncitan, sesuai dengan konsep pertanian juga adalah satu bentuk dakwah.
Bagi tujuan pertanian juga, LYSB sebelum ini telah mengadakan perbincangan dengan kerajaan negeri Perak dengan hasrat membangunkan tanah untuk tujuan perniagaan pertanian.
LYSB merupakan anak syarikat kepada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) yang menguruskan dan menjalankan beberapa perniagaan.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *