Home » Langit Terbuka » Lima negeri mula dilanda banjir dengan 1,405 mangsa dipindahkan

Lima negeri mula dilanda banjir dengan 1,405 mangsa dipindahkan

KUANTAN 2 Jan. : Cuaca buruk berterusan menyebabkan jumlah mangsa banjir dipindahkan meningkat kepada 1,405 orang sehingga 8 pagi tadi, berbanding 442 mangsa sebelum ini.

Lima negeri kini terjejas dengan banjir, iaitu Pahang, Johor, Sabah, Terengganu dan Kelantan.

Pahang merupakan negeri paling teruk terjejas dengan 500 mangsa dipindahkan, berbanding hanya 34 mangsa malam tadi.

Dua daerah yang teruk terjejas adalah Kuantan dan Rompin.

Di Johor, jumlah penduduk dipindahkan terus meningkat kepada 338 orang dengan Kota Tinggi kawasan paling teruk terjejas.

Dalam pada itu, seramai 233 mangsa banjir dipindahkan di Terengganu dengan kesemua mangsa yang terjejas di daerah Dungun.

Jumlah mangsa banjir dijangka meningkat berikutan hujan lebat berterusan di pedalaman Dungun.

Sementara itu, mengikut laporan Jabatan Pengairan dan Saliran pula, setakat 7.30 pagi ini, Sungai Dungun di Kuala Jengai menunjukkan bacaan 21.33 meter (m) melebihi paras bahaya 21.00m manakala bacaan di Pasir Raja, 38.37m melebihi paras bahaya 37.50m.

Di Sabah, 288 penduduk dipindahkan apabila hujan lebat menyebabkan beberapa kawasan di Tongod dinaiki air.

Manakala di Kelantan 46 mangsa dipindahkan setakat ini di Gua Musang.- ASTRO AWANI

Artikel Berkaitan

SEBATI Madani Pulau Ketam

Ia bermula dengan tazkirah Maghrib oleh Daie Muda YADIM (DMY), Khairun Najmi Fadzil pada 26 Februari dengan tajuk ‘Metodologi Dakwah Rasulullah SAW’

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *