Home » Langit Terbuka » Lintas dua lokasi

Lintas dua lokasi

foto : Harian Metro

KUALA LUMPUR: Satelit Tiangong-1 milik China memasuki atmosfera bumi bermula semalam dan dijangka melintasi Malaysia hari ini menerusi dua lokasi berbeza.

Ketua Pengarah Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) Dr Noordin Ahmad berkata, lintasan pertama akan berlaku antara jam 2.14 pagi selama 30 saat pada ketinggian 166.712 kilometer (km) dan akan menjunam sehingga 166.611km.

“Lintasan pertama itu akan bermula di sekitar Melaka menuju ke Pahang selama 30 saat pada pagi esok (hari ini). Berdasarkan pengiraan yang dilakukan lintasan akan berlaku pada ketinggian 166.712km dan 166.611km.

“Menerusi lintasan kedua pula berlaku pada hari sama sekitar jam 1.11 petang selama 27 saat pada ketinggian 171.082km dan berakhir pada ketinggian 171.214km,” katanya menerusi satu kenyataan akhbar, semalam.

Pada November tahun lalu, ANGKASA sudah meramalkan bahawa kebarangkalian serpihan Stesen Angkasa China itu untuk jatuh di negara ini adalah sangat tipis berdasarkan kadar 0.09 peratus.

Berdasarkan pengiraan dilakukan ANGKASA, serpihan itu akan jatuh antara 43 darjah utara hingga ke 43 darjah selatan dan ia membabitkan kawasan seluas lebih 347,860,000 kilometer (km) persegi.

Pengiraan itu juga membuktikan kemungkinan Kuala Lumpur menjadi lokasi jatuhnya serpihan itu juga sangat rendah iaitu pada kadar 0.0000699 peratus.

Menerusi nota China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kebanyakan komponen dan struktur Tiangong-1 akan musnah terbakar ketika pergeseran dengan atmosfera. – HARIAN METRO

Artikel Berkaitan

Maqasid haji membina kesatuan ummah

Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang menjadi tunjang dalam kehidupan seorang Muslim. Ia adalah manifestasi ketaatan kepada Allah SWT

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *