Home » Analitis » MADANI Membantu : Membawa Kesejahteraan Hidup Masyarakat Malaysia

MADANI Membantu : Membawa Kesejahteraan Hidup Masyarakat Malaysia

Oleh Abdul Qaiyum Aris

Unit Komunikasi Korporat dan Antarabangsa YADIM

Setiap kali kerajaan mengumumkan bantuan kewangan seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR), bantuan awal persekolahan, mahupun pelarasan subsidi bersasar dibawah rangka Malaysia MADANI, kita pasti melihat senyuman di wajah masyarakat.

Slogan ‘’MADANI Membantu’’ bukan sekadar kata-kata di atas kertas, bagi golongan yang memerlukan, RM100 atau RM200 yang disalurkan itu adalah talian hayat untuk membeli barang anak-anak, membayar bil atau mengisi minyak motosikal untuk pergi bekerja sementara hendak tunggu gaji.

Namun disebalik kemurnian agenda ini, ada satu ujian besar yang datang mengetuk pintu hati kita sebagai masyarakat biasa ataupun ‘’marhein’’, iaitu ujian kejujuran dalam diri kita. Kerajaan sedaya upaya memberi bantuan kepada yang layak, bukan yang acah-acah layak.

Kerap kali  kita ada terdengar cerita tentang individu yang memilki  kereta selesa, memiliki rumah yang besar, tetapi apabila musim permohonan bantuan dibuka, merekalah orang yang terpaling B40, dokumen diubah, perniagaan tidak diisytiharkan semata-mata mahu melayakkan diri mendapat bantuan tunai.

Bayangkan situasi ini, anda membeli sarapan di warung tepi jalan, dan peniaga tersilap memulangkan baki lebih RM10. Adakah anda simpan senyap-senyap dan anggap itu ‘’rezeki terpijak’’?, atau anda pulangkan semula? tepuk dada, tanya hati sebesar mana nilai kejujuran diri yang paling asas.

Apabila kita mengambil hak yang sepatutnya diberikan kepada orang lain, kita sebenarnya sedang menzalimi golongan yang benatr-benar susah. Kejujuran juga ialah berani berkata, ‘’Saya mampu, biarlah bantuan ini pergi kepada mereka yang lebih memerlukan’’. Dalam hal ‘Ketirisan Subsidi’ pula, kerajaan mampu menyusun agar ianya terus menyasarkan kepada rakyat Malaysia mengikut kadar kelayakan. Namun, dalam mengekalkan pelarasan subsidi ini ada pihak yang mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan peribadi dengan menyorokkan bekalan dan menjualnya kepada pasaran gelap. Bagaimana agenda MADANI Membantu ini boleh berjaya, jika kita sebagai rakyat Malaysia yang mengkhianati negara kita sendiri.

Dalam Islam, mencari keberkatan bukan sekadar mencari ‘Duit Poket’ semata-mata, tetapi kita perlu menyedari apa sahaja yang kita dapat akan menjadi darah daging dalam diri, isteri dan anak-anak kita. Rezeki yang didapati dengan cara yang tidak betul akan hilang keberkatannya. Rezeki yang tidak berkat akan ada balasannya yang datang tanpa dijangka.

Negara yang hebat tidak dibina dengan sistem undang-undang yang ketat semata-mata, tetapi ia dibina atas kejujuran hati rakyatnya. Langkah kerajaan menyediakan pelbagai inisiatif bantuan adalah bukti keprihatinan terhadap kebajikan rakyat. Namun kita sebagai rakyat Malaysia, adakah kita menyambutnya dengan jujur?

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *