Home » Langit Terbuka » Mahmoud Abbas Minta EU Iktiraf Negara Palestin

Mahmoud Abbas Minta EU Iktiraf Negara Palestin

MAMOUD ABBAS ketika berucap di Persidangan Majlis Pusat Palestin di Ramallah, Tebing Barat pada 14 Januari lepas. - Foto Utusan Online

BRUSSELS 22 Jan. – Pemimpin Palestin, Mahmoud Abbas akan meminta Kesatuan Eropah (EU) secara rasmi mengiktiraf negara Palestin apabila bertemu dengan menteri-menteri luar EU hari ini.

Menteri Luar Palestin, Riad al-Malki berkata, Mahmoud juga akan meminta EU mengambil langkah yang sewajarnya `sebagai tindak balas’ terhadap keputusan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel.

Kata beliau, pemimpin Palestin itu juga akan `mempertahankan komitmennya terhadap proses damai’ di Asia Barat.

“Memandangkan keputusan Trump telah mengubah peraturan `permainan’ ini, beliau berharap menteri-menteri luar Eropah tampil dan sebulat suara mengiktiraf negara Palestin sebagai tindak balas terhadap keputusan Trump itu,’’ kata Riad. – UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan

Kerajaan saring individu sampaikan ajaran Islam

KUALA LUMPUR – Kerajaan melaksanakan saringan terhadap individu yang akan menyampaikan ajaran Islam di negara ini bagi mengekang penyebaran liberalisme yang berselindung

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *