Home » Citra Yadim » Mahrajan Al-Quran & Ihtifal Lughawi Sekolah-Sekolah Pasir Mas

Mahrajan Al-Quran & Ihtifal Lughawi Sekolah-Sekolah Pasir Mas

PASIR MAS – Sebanyak 20 sekolah menengah dan 39 sekolah rendah menyertai Mahrajan Al-Quran & Ihtifal Lughawi Sekolah-Sekolah anjuran bersama YADIM Kelantan dengan Unit Pendidikan Islam, Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Mas pada 26 Julai.
Hasil bilangan penyertaan yang sangat baik itu, program peringkat Pejabat Pendidikan Pasir Mas ini lantas menarik tajaan daripada pihak seperti Vita Milk, Keltrade Properties dan Yayasan Kelantan Darul Naim.
Antara acara yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Kampong Baru itu termasuklah tilawah, kuiz ilmu wahyu, nasyid, khat, hafazan, pertandingan daie cilik, Kalam Arabi dan kuiz Bahasa Arab.
Ucapan aluan program disampaikan oleh Pengarah YADIM Kelantan, Ustaz Haji Mahadi Awang sebelum perasmian program dilaksanakan oleh Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Pasir Mas, Encik Hasbullah Che Cob.

Artikel Berkaitan

Usaha Memperkasa Institusi Pondok

PUTRAJAYA – Satu Lagi usaha memperkasa institusi pondok di negara ini berlangsung pada 14 April apabila Mesyuarat Syura Nasional Pondok MADANI telah

Bagaikan Aur Dengan Tebing

SETIAP manusia yang bergaul dengan satu golongan mestilah ada caranya tertentu dan ada berbagai-bagai bentuk. Ini termasuklah daripada segi hubungan persahabatan, hubungan

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *