Home » Langit Terbuka » Mahu wujud lebih banyak peluang kerja

Mahu wujud lebih banyak peluang kerja

Apabila rakyat kaya, kerajaan juga akan kaya kalau rakyat miskin, kerajaan juga miskin.Inilah kepentingan kerajaan untuk menjadikan rakyat kaya, jelas Perdana Menteri

ALOR SETAR – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) berhasrat untuk mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat pada masa hadapan.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, langkah tersebut akan diberi perhatian ke arah ‘perkayakan’ rakyat bagi membantu ‘perkayakan’ negara.

“Macam mana kita nak perkayakan negara, kita wujudkan peluang pekerjaan.

“Apabila rakyat kaya, kerajaan juga akan kaya kalau rakyat miskin, kerajaan juga miskin.Inilah kepentingan kerajaan untuk menjadikan rakyat kaya,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Jelajah Malaysia Baharu di sini.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu dan Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Langkawi berkata, kerajaan akan membantu rakyat yang ingin memulakan perniagaan bagi menambah pendapatan dengan menawarkan modal.

“Kalau kita dapati mereka sukar mendapat modal kita tawarkan modal kita akan tentukan mereka betul-betul nak meniaga kita akan bagi pinjaman modal tetapi kita kena pastikan mereka urus wang dengan baik,” katanya. – Utusan Malaysia

Artikel Berkaitan

Pengurusan Nafkah Dalam Keluarga

Secara prinsipnya, fitrah kewajipan memberikan nafkah merupakan tanggungjawab suami sehingga wajib bekerja dengan baik melalui usaha yang halal dan wanita sebagai kaum

Program Penghayatan Israk Mikraj

YADIM telah terlibat sama menyantuni komuniti Jabatan Penjara Negeri Pahang menerusi program Bicara Dakwah Madani Israk dan Mikraj pada 26 Januari. Pengarah

Analisis solat dan kesihatan

Otot Profesor Ir. Dr. Wan Abu Bakar Wan Abas yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *