Home » Langit Terbuka » MAIWP tawar 28 skim bantuan kepada yang memerlukan

MAIWP tawar 28 skim bantuan kepada yang memerlukan

KUALA LUMPUR 8 Jan. – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) merupakan sebuah institusi yang bertanggungjawab dalam kutipan dan agihan zakat di kawasan Wilayah Persekutuan.

Terdapat 28 skim bantuan ditawarkan menerusi Baitulmal MAIWP yang terbahagi kepada 5 kategori iaitu Pembangunan Asnaf, Tempat Tinggal, Pembangunan Ummah, Pendidikan dan Berdikari.

Antara bantuan yang disediakan di bawah kategori Pembangunan Asnaf adalah seperti Bantuan Kewangan Bulanan, Bantuan Takaful Asnaf, Bantuan Menyelesaikan Hutang (Al-Gharimin) dan Bantuan Perkahwinan.

Bantuan-bantuan di bawah Tempat Tinggal adalah Bantuan Deposit Sewa Rumah dan Sewa Rumah Bulanan, Bantuan Deposit Beli Rumah Kos Rendah dan Bantuan Membina/ Membaiki Rumah.

Bantuan kepada NGO dan Institusi Pendidikan pula terletak di bawah kategori Pembangunan Ummah.

Manakala bagi para pelajar yang menyambung pelajaran boleh memohon bantuan seperti Bantuan Persediaan IPT di bawah Pendidikan dan golongan yang bekerja sendiri pula boleh memohon bantuan di bawah kategori Berdikari.

Sesiapa sahaja yang tergolong dalam golongan fakir, miskin, muallaf, al-gharimin (orang yang berhutang), ibnu sabil, fisabilillah dan ar-riqab seperti orang miskin, pelajar sekolah dan pengajian tinggi, mereka yang ditimpa penyakit, peniaga kecil, pemandu teksi dan lain-lain lagi boleh memohon bantuan zakat asnaf MAIWP.

Telah ramai golongan asnaf yang dibantu melalui bantuan zakat asnaf ini seperti mereka yang mahu meningkatkan pendapatan ekonomi, pemandu teksi dan peniaga OKU.

Bukan itu sahaja, mereka yang layak juga boleh memohon lebih daripada satu bantuan.

Sebelum ini pelbagai tohmahan tidak berasas dilemparkan terhadap institusi zakat khasnya di media-media sosial seperti ‘isu RM70 juta untuk 70 orang asnaf’.

Bahkan, ada juga pihak yang mendakwa badan pungutan zakat sudah hilang fungsi dan peranannya untuk membantu mereka yang memerlukan.MENARA.MY

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *