Home » Citra Yadim » Majlis Apresiasi bersama mantan Ikon YADIM

Majlis Apresiasi bersama mantan Ikon YADIM

PUTRAJAYA – Dalam satu acara ringkas di sini pada 8 Februari, YADIM mengadakan Majlis Apresiasi Jasamu Dikenang Ikon Dakwah YADIM 2020 – 2021 bagi meraikan seramai lima orang mantan ikon badan dakwah ini.

Mereka ialah Prof Datuk Dr Muhaya Mohamad, Datuk Dr Ustazah Norhafizah Musa,  Firdaus Wong Wai Hung, Ustaz Syed Abdul Kader Aljoofree dan Ustazah Asma’ Harun.

 

Dalam ucapannya,  Yang Dipertua YADIM, Ustaz Nasrudin Hassan berkata tempoh bersama YADIM bukan bermakna badan dakwah ini tidak lagi memerlukan khidmat mereka, sebaliknya ia masih kekal diperlukan bagi meneruskan kesinambungan dakwah melalui wadah yang berbeza selepas ini.

“Sejujurnya jasa dan bakti mereka ini tidaklah dapat dinilai sekalipun dengan wang ringgit kerana dakwah itu tak ternilai maharnya,”ujar beliau.

Ustaz Nasrudin turut menzahirkan setinggi penghargaan kepada kelima lima mantan ikon ini kerana bersama sama mengerah keringat menyumbang kepada kelestarian gerakan dakwah YADIM.

Kesemua mantan ikon YADIM ini telah bersama YADIM dalam pelbagai platform dakwah, memberikan pengisian pengisian agama, pencerahan dan motivasi sejak dilantik pada 2020, terutamanya sepanjang negara berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan.

Hadir sama ke majlis ini ialah barisan Ahli Lembaga Pemegang Amanah dan kepimpinan tertinggi YADIM.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *