Home » Langit Terbuka » Majlis ilmu madani beri lebih kefahaman kepada konsep negara madani – PM

Majlis ilmu madani beri lebih kefahaman kepada konsep negara madani – PM

Majlis Ilmu MADANI. – Foto Bernama

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata penganjuran Majlis Ilmu MADANI adalah selari dengan usaha memberi kefahaman tentang maksud negara MADANI yang digagaskan oleh kerajaan pimpinan beliau kepada orang ramai.

Beliau berkata ia terutamanya melibatkan nilai asas pembentukan negara MADANI iaitu akidah yang kukuh, akhlak yang baik serta pembentukan sahsiah maknawiyah.

“Gunakan ini untuk menerapkan nilai dalam pelbagai bidang, dalam kemampanan ekonomi, dalam teknologi digital, dalam konsep ihsan dan rahmah untuk mengurangkan beban rakyat miskin serta pembelaan umat secara keseluruhan,” katanya.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan, berkata demikian dalam ucapan ringkas beliau ketika menghadiri Majlis Ilmu MADANI Bersama Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana di sini pada Ahad.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Terdahulu, Anwar yang diiringi beliau iaitu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, tiba di Kompleks Seri Perdana pada 7.15 malam sebelum menunai solat Maghrib bersama kira-kira 300 jemaah dengan dipimpin oleh Imam Masjid Putra Abdul Karim Zakaria.

Perdana Menteri kemudian meluangkan masa kira-kira sejam mengikuti sesi perkongsian ilmu bersama tiga tokoh jemputan iaitu Imam Masjid Al-Aqsa di Palestin Syeikh Dr Ekrima Sabri, Ulama dari United Kingdom Syeikh Ahmed Mohamed Saad Al-Maliki Al-Azhari Al-Hasani dan Ulama dari Gambia Syeikh Muhammad Haydara Al-Jilani. — AlHijrah Online

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *