Home » Langit Terbuka » Majlis Peguam tidak kisah

Majlis Peguam tidak kisah

KOTA BHARU 6 Nov. – “Kami tahu dana itu daripada Soros, semua orang tahu, ia pengetahuan umum, jumlah kami terima sedikit sahaja”.

Itu pengakuan rasmi Presiden Majlis Peguam, Steven Thiru berkenaan pembiayaan daripada Open Society Foundation (OSF) yang diasaskan penyangak mata wang, George Soros.

Beliau berkata, pihaknya tidak kisah menerima dana tersebut kerana Soros bukan orang larangan dan tidak ada mana-mana peraturan yang menyekat daripada mendapat dana tersebut.

“Kita tidak faham kenapa kekecohan ini timbul, ia melampaui imaginasi yang penggunaan dana ini berbahaya kepada demokrasi berparlimen.

“Dana OSF mungkin boleh datang daripada Soros seorang ataupun daripada ramai penyumbang, apa yang pasti kami hanya berurusan dengan OSF sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan bangunan baharu Jawatankuasa Peguam Negeri Kelantan di Jalan Tok Guru di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Malaya, Azmi Abdullah; Pengarah Mahkamah negeri, Adli Abdul Ghalib dan Pengerusi Jawatankuasa Peguam negeri, Norazham Yahya.

Thiru berkata, pihaknya menerima dana berjumlah AS$15,000 (RM53,757) hanya untuk satu tujuan khusus iaitu bagi menjalankan kajian tentang akses keadilan kepada pekerja asing di negara ini yang dilaksanakan di bawah Jawatankuasa Hal Ehwal Migran, Pela­rian dan Imigresen majlis tersebut bermula dari 2014 sehingga penghujung 2015.

“OSF membuka peluang kepada banyak pihak dari seluruh dunia untuk memperoleh dana khususnya dalam usaha-usaha berkaitan hak asasi manusia,” katanya.

Terdahulu, Thiru dalam ucapan perasmiannya mengingatkan mengenai hak kebebasan pengamal undang-undang negara ini dan Majlis Peguam yang didakwanya sudah mula terancam.

“Kita kini menerima ancaman serius kepada kebebasan kita, sama ada melalui pindaan kepada Akta Profesion Undang-Undang 1976 mahupun menerusi pelbagai perkara yang sedang berlaku di sekeliling kita,’’ katanya.

www.utusan.com.my

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *