Home » Langit Terbuka » Malaysia berduka atas kehilangan Yahya Sinwar, kutuk kekejaman Israel

Malaysia berduka atas kehilangan Yahya Sinwar, kutuk kekejaman Israel

KUALA LUMPUR: Malaysia berduka atas kehilangan seorang pejuang dan pembela rakyat Palestin, Al Syahid Yahya Sinwar yang dibunuh ganas oleh rejim biadab Zionis.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia mengutuk keras pembunuhan Ketua Biro Politik Hamas itu dan ternyata percubaan rejim Israel untuk melemahkan tuntutan pembebasan Palestin tidak akan berjaya.

“Sekali lagi komuniti antarabangsa gagal memperjuang serta memastikan keamanan dan keadilan tertegak, lantas memburukkan lagi situasi konflik,” katanya menerusi catatan di Facebooknya hari ini.

Perdana Menteri berkata Malaysia mendesak agar kebiadaban Israel disanggah komuniti antarabangsa dan pembantaian berterusan warga Palestin mesti segera dihentikan.

Semalam Hamas mengesahkan Yahya Sinwar terbunuh dalam serangan Israel pada Khamis.

Yahya Sinwar dilantik sebagai Ketua Biro Politik Hamas menggantikan Ismail Haniyeh yang dibunuh di Tehran, Iran pada bulan Ogos lepas.–AlHijrah Online

Artikel Berkaitan

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *