Home » Langit Terbuka » Malaysia Berminat Bekerjasama Dengan Turki Bantu Pelarian

Malaysia Berminat Bekerjasama Dengan Turki Bantu Pelarian

Timbalan Perdana menteri Dr. Wan Azizah berkata Turki dan Malaysia perlu kukuh daripada segi ekonomi untuk membantu ummah.

PUTRAJAYA – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata Malaysia berminat untuk bekerjasama dengan Turki bagi membantu pelarian yang meninggalkan tanah air mereka atas sebab-sebab ekonomi.

Selepas menerima kunjungan hormat daripada Duta Turki ke Malaysia Dr Merve Safa Kavakci pada Isnin, beliau berkata penyelesaian jangka panjang perlu untuk membantu mereka dari sedi ekonomi supaya mereka kembali ke negara asal mereka.

“Mungkin beberapa dasar boleh disesuaikan dengannya,” kata beliau dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, Wan Azizah berkata Turki dan Malaysia perlu kukuh daripada segi ekonomi untuk membantu ummah.

“Kita perlu menjadi negara yang kuat, bersatu dan membantu antara satu sama lain untuk membantu pihak lain di kawasan-kawasan yang menghadapi perbalahan dan menjadikan tempat ini sebagai tempat yang lebih baik untuk semua,” kata beliau. – BERNAMA

Artikel Berkaitan

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

3 Tingkatan Puasa

Imam Ghazali RA dalam kitab Ihya Ulumuddin telah mengkategorikan puasa kepada 3 peringkat iaitu: 1. As-Saumul umum – puasa umum. 2. As-Saumul

5 sebab pentingnya berjemaah

Mengerjakan solat fardu lima kali sehari semalam merupakan salah satu rukun Islam dan diumpamakan sebagai tiang agama. Jika roboh tiang itu, maka

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *