Home » Langit Terbuka » Malaysia contoh terbaik bagi sistem kewangan Islam

Malaysia contoh terbaik bagi sistem kewangan Islam

KUALA LUMPUR, 11 Okt. – Institut Latihan dan Kajian Islam (IRTI) berkata, Malaysia sebagai penerbit sukuk terbesar di dunia telah menjadi contoh terbaik kepada negara-negara lain yang berminat untuk melaksanakan sistem kewangan Islam.

Pengurus Bahagian Penyelidikan Kewangan dan Ekonomi Islam Abdul Ghafar Ismail berkata, Indonesia telah memanfaatkan kepakaran Malaysia.

Malah, katanya, negara itu berkemungkinan akan menjadi penerbit sukuk terbesar di masa akan datang.

“Indonesia sedang mempertimbangkan sukuk sebagai satu cara bagi membiayai projek infrastrukturnya, khususnya dalam sektor pengangkutan,” katanya dalam satu sidang akhbar selepas pembukaan Persidangan Antarabangsa Kewangan dan Ekonomi Islam ke-11 (ICIEF) di sini hari ini.

Dalam pada itu, Abdul Ghafar berkata, Malaysia boleh memberikan kepakarannya kepada negara-negara Afrika seperti Senegal, Kenya dan Nigeria yang sedang mencari kaedah alternatif untuk menyokong pembangunan ekonomi mereka berikutan kejatuhan harga minyak dunia.

“Untuk melaksanakan sistem kewangan Islam yang efisien, adalah penting (bagi negara-negara yang berminat) untuk mewujudkan satu pelan induk yang akan menentukan hala tuju strategik industri. Adalah penting juga bagi mendapatkan asas-asas yang betul,” katanya.

Persidangan tiga hari itu dianjurkan secara bersama oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Kumpulan Bank Pembangunan Islam, IRTI dan Persatuan Ekonomi Islam Antarabangsa dengan disokong oleh Kementerian Kewangan.

Bertemakan ‘Rethinking Islamic Economics and Finance: Paving the Way Forward for Inclusive and Sustainable Development’, ia membawakan lebih daripada 100 kertas polisi oleh para peserta dari 36 negara.

-ISMAWEB

Artikel Berkaitan

SEBATI Madani Pulau Ketam

Ia bermula dengan tazkirah Maghrib oleh Daie Muda YADIM (DMY), Khairun Najmi Fadzil pada 26 Februari dengan tajuk ‘Metodologi Dakwah Rasulullah SAW’

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *