Home » Langit Terbuka » Malaysia, Indonesia kongsi tempat teratas destinasi pelancongan mesra Islam

Malaysia, Indonesia kongsi tempat teratas destinasi pelancongan mesra Islam

Masjid Putra di Putrajaya, merupakan antara contoh pusat tumpuan pelancong Islam dan bukan Islam di Malaysia. - Foto NSTP

KUALA LUMPUR – Malaysia kekal menduduki tempat pertama indeks pelancongan Islam global oleh MasterCard-CrescentRating Global Muslim Travel Index (GMTI) untuk tahun kesembilan berturut-turut, tetapi buat julung kalinya berkongsi kedudukan itu dengan Indonesia.

Laporan GMTI 2019 itu, yang menyenaraikan 130 destinasi di peringkat global, memberikan markah 78 kepada kedua-dua negara.

Dalam kenyataan bersama, MasterCard dan CrescentRating berkata Indonesia meningkat daripada tempat kedua ke tempat teratas menerusi usaha berterusan Kementerian Pelancongan negara itu untuk melabur dalam industri pelancongan dan penggembaraannya, dan membangunkan infrastruktur mesra pelancong Islam.

Negara lain dalam kalangan 10 negara teratas ialah Turki (75 markah), Arab Saudi (72), Emiriah Arab Bersatu (UAE) (71), Qatar (68), Maghribi (67), Bahrain (66), Oman (66) dan Brunei (65).

Pada 2018, Malaysia mendapat 80.6 markah manakala Indonesia terikat dengan UAE dengan 72.8 markah.

Singapura kekal sebagai destinasi pelancongan mesra Islam perdana dalam kalangan destinasi bukan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) pada tahun ini, diikuti Thailand, United Kingdom, Jepun dan Taiwan.

Indeks itu selari dengan kekukuhan dan pertumbuhan destinasi pelancongan mesra Islam dalam empat bidang strategik — akses, komunikasi, persekitaran dan perkhidmatan. – Bernama

Artikel Berkaitan

Mendekati Anak Muda, Menghayati Kisah Rasulullah

BANDAR MUADZAM SHAH – Meneruskan program mendekati mahasiswa, YADIM menerusi Bahagian Kepimpinan Muda telah menganjurkan Program Menghayati Kisah Rasulullah dan Kenegaraan Malaysia

YADIM Turut Serta Program MADANI Kita

KUALA LUMPUR – Program MADANI Kita bersama Komuniti Lembah Pantai telah disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Yang

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *