Home » Langit Terbuka » Malaysia mahu bawa pulang rakyat terkandas di Hubei

Malaysia mahu bawa pulang rakyat terkandas di Hubei

Perdana Menteri berkata, Malaysia berhasrat membawa pulang 78 rakyat ngara ini yang terkandas di Wuhan. - Foto SraitsTimes.com

PUTRAJAYA – Malaysia mahu membawa pulang rakyat yang sihat yang terkandas di wilayah Hubei, China di mana letaknya bandar Wuhan yang menjadi pusat wabak Coronavirus.

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata perkara itu diputuskan Kabinet hari ini, dan Putrajaya akan berbincang dengan Beijing untuk menjayakan rancangan itu.

China mengenakan sekatan perjalanan keluar dari bandar Wuhan dan wilayah Hubei susulan peningkatan kes jangkitan wabak koronavirus.

“Kita bincang dengan kerajaan China supaya rakyat Malaysia yang tidak sakit boleh balik,” katanya, dan menambah Malaysia mahu menghantar pesawat untuk mengeluarkan seramai 78 rakyat yang terkandas di wilayah itu.

“Kalau mereka benarkan pesawat kita masuk, kita akan bawa masuk bekalan makanan dan topeng muka,” katanya.

Sementera itu menurut Berita Harian, Perdana Menteri berkata bukan dasar kerajaan untuk menyekat pelancong bukan Islam daripada melawat kawasan masjid dengan alasan khuatir dijangkiti virus Coronavirus.

Perdana Menteri berkata, pada masa ini, tiada tempat yang tidak boleh dilawati oleh pelancong kerana kononnya mereka mungkin membawa penyakit berkenaan.

“Ini bukan dasar kerajaan,” katanya.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *