Home » Langit Terbuka » Malaysia sifatkan Pelan Damai Palestin-Israel tidak adil

Malaysia sifatkan Pelan Damai Palestin-Israel tidak adil

Malaysia menegaskan tetap dengan pendirian menyokong kerangka penyelesaian dua negara dan menjadikan tuntutan rakyat Palestin kepada sebuah negara Palestin . - Foto FB


KUALA LUMPUR – Malaysia sama sekali tidak menerima perjanjian damai antara Israel dan Palestin yang dikenali sebagai “Deal of Century” yang diumumkan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, Selasa lalu kerana jelas tidak adil.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan menyifatkan perjanjian itu sebagai berat sebelah dan rakyat Palestin mempunyai hak untuk menolaknya.

“Palestin, adalah pihak yang sudah terlalu lama menderita atas tindakan berterusan Israel yang menyalahi undang-undang pendudukan, mereka tidak pernah terbabit secara langsung bahkan tidak di bawa berunding dalam merumuskan cadangan pelan damai itu.

“Cadangan itu sangat berat sebelah, hanya memberi ganjaran kepada Israel dan rakyatnya yang menduduki wilayah Palestin.

“Pelan perjanjian itu jelas tidak adil kepada rakyat Palestin dan hanya mengekalkan ketidakadilan yang mereka rasai rakyat Palestin selama ini,” menurut kenyataan itu.

Malaysia juga menegaskan tetap dengan pendirian menyokong kerangka penyelesaian dua negara dan menjadikan tuntutan rakyat Palestin kepada sebuah negara Palestin berdasarkan sempadan sebelum 1967 dengan Baitulmuqaddis Timur sebagai ibu kotanya.

“Pelan itu adalah satu-satunya penyelesaian yang berdaya maju kepada konflik Palestin-Israel.

“Malaysia akan terus menyokong usaha konkrit dan jujur untuk mencari keadilan dan penyelesaian kekal kepada konflik Israel-Palestin berdasarkan undang-undang antarabangsa dan resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang relevan melalui rundingan membabitkan pihak berkepentingan,” katanya. – Berita Harian

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *